Pengesahan Instrumen Kesediaan Guru dan Kesediaan Teknologi Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi Sekolah Menengah: Analisis Faktor Penerokaan (EFA)

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi dalam kalangan guru reka bentuk teknologi (RBT) sekolah menengah memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).  Seramai 125 orang guru RBT terlibat sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazaruddin Abdul Hadi (Author), Mahizer Hamzah (Author), Norkumalasari Othman (Author)
Format: Book
Published: Pejabat Karang Mengarang UPSI, 2020-06-01T00:00:00Z.
Subjects:
Online Access:Connect to this object online.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi dalam kalangan guru reka bentuk teknologi (RBT) sekolah menengah memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).  Seramai 125 orang guru RBT terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS.  Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.879 dan 0.722 untuk kesediaan guru dan kesediaan teknologi masing-masing iaitu kedua-duanya adalah melebihi 0.60. Keputusan daripada EFA menunjukkan empat faktor untuk konstruk kesediaan guru dan kesediaan teknologi dengan nilai Eigen masing-masing melebihi 1.0. Konstruk kesediaan guru mempunyai nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.581 > 0.5 menunjukkan item-itemnya mencukupi untuk inter-korelasi dan ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 3175.802, p <0.05), nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.5 dengan hanya satu sahaja item iaitu B12 perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.50 serta nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh empat faktor tersebut adalah 57.45 peratus.  Konstruk kesediaan teknologi mempunyai nilai KMO 0.731 > 0.5, ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 1159.461, p <0.05), nilai anti-image (Measure of Sampling Adequacy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.5.  Tiada item yang disisihkan dan keempat-empat faktor menyumbang sebanyak 70.12 peratus daripada varians keseluruhan.  Keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.   Abstract This study aims to review the instruments of teacher readiness and technology readiness among high school technology design (RBT) teachers utilizing the use of smartphones in teaching and facilitation (PdPc).  A total of 125 RBTs teachers were involved as respondents in this study.  The data were analyzed descriptively by access Alpha Cronbach reliability and EFA analysis using SPSS software. The results of the analysis show that Alpha Cronbach value were 0.879 and 0.722 for teacher readiness and technological readiness, respectively, which was greater than 0.60. Results from the EFA show four factors for teacher readiness and technology readiness with Eigen values above 1.0.  Teacher readiness construct with a KMO value (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.581> 0.5 showed that the items were adequate for inter-correlation and that Bartlett's test was significant (Chi Square 3175.802, p <0.05), anti-image value (Measure of Sampling Adequacy - MSA) for a correlation of more than 0.5 items with only one item B12 to be excluded because the value obtained is less than 0.50 and the total variance value explained by these four factors is 57.45 percent. The technology readiness construct had a KMO value of 0.731> 0.5, the Bartlett test was significant (Chi Square 1159.461, p <0.05), the anti-image value (Measure of Sampling Adequacy - MSA) for item correlation greater than 0.5. No items were excluded, and all four factors accounted for 70.12 percent of the overall variance. The overall findings indicate that items for teacher readiness and technological readiness can measure and answer the objectives of the study.
Item Description:2289-7844
0127-9750
10.37134/jictie.vol7.2.3.2020