Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Penguasaan Pengetahuan Sejarah
Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom terhadap penguasaan pengetahuan sejarah berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasar...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Pejabat Karang Mengarang UPSI,
2021-06-01T00:00:00Z.
|
Subjects: | |
Online Access: | Connect to this object online. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom terhadap penguasaan pengetahuan sejarah berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian sejarah yang berbentuk item objektif yang telah disahkan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian SPLIT ANOVA dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom adalah berkesan terhadap penguasaan pengetahuan sejarah walaupun terdapat kesan jangka pendek kepada murid lelaki dan kesan jangka panjang kepada murid perempuan. Implikasi kajian ini telah menyediakan sumber maklumat kepada guru-guru sejarah untuk mereka bentuk dan melaksanakan proses pembelajaran sejarah berasaskan pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan aplikasi Google Classroom selaras dengan menyahut saranan dasar pendidikan yang menekankan keperluan dan kepentingan penerapan pembelajaran abad ke-21 dan pengingtegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat persekolahan. |
---|---|
Item Description: | 2289-7844 0127-9750 10.37134/jictie.vol8.1.7.2021 |