Strategi pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga menggunakan pendekatan Bahasa Inggeris : suatu pengalaman di UiTM / Naimah Abdullah

Bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa, terdapat pelbagai pilihan teknik dan strategi yang boleh digunakan oleh pengajar untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai ciri-ciri bahasa yang diajar. Walau bagaimanapun, sesuatu strategi yang dirancang haruslah mengamb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Naimah (Author)
Format: Book
Published: Academy of Language Studies & UPENA, 2005.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa, terdapat pelbagai pilihan teknik dan strategi yang boleh digunakan oleh pengajar untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai ciri-ciri bahasa yang diajar. Walau bagaimanapun, sesuatu strategi yang dirancang haruslah mengambil kira latar belakang dan tahap kebolehan pelajar. Berdasarkan pengalaman penulis yang mengajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di UiTM selama lebih 18 tahun, pelbagai strategi telah dicuba dan diamalkan bagi memastikan pelajar dapat menguasai ciri-ciri bahasa Arab yang kompleks dan amat berbeza dengan ciri-ciri bahasa Melayu. Salah satu strategi yang didapati paling berkesan ialah menggunakan pendekatan bahasa Inggeris. Oleh kerana bahasa Arab dan bahasa Inggeris adalah dari jenis tipologi yang sama iaitu kedua-duanya merupakan bahasa infleksi maka terdapat banyak ciri-ciri persamaan antara keduanya sama ada dalam aspek fonologi, morfologi, sintaksis mahupun semantik yang boleh dijadikan contoh dan perbandingan. Latar belakang pelajar UiTM pula, sebahagian besar dari mereka tidak mempunyai pengetahuan asas bahasa Arab, sebaliknya sebagai pelajar IPTA mereka telah mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris yang baik. Justeru pendekatan bahasa Inggeris dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga didapati amat berkesan dan dapat membantu pelajar memahami pembelajaran bahasa Arab dengan mudah.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11454/1/AJ_NAIMAH%20ABDULLAH%20JOLS%2005.pdf