Pembangunan urbanisasi Sarawak dan cabarannya / Rosita Hj. Suhaimi

Proses urbanisasi di Sarawak memang sudah berkembang dengan pesat. Urbanisasi di Sarawak adalah disebabkan dua(2) faktor utama, iaitu pertambahan penduduk di kawasan bandar dan peningkatan penghijrahan, khususnya di bandar Kuching, Bintulu dan Miri. Secara keseluruhan, bilangan penduduk di kawasan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hj. Suhaimi, Rosita (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Sarawak, 2001.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses urbanisasi di Sarawak memang sudah berkembang dengan pesat. Urbanisasi di Sarawak adalah disebabkan dua(2) faktor utama, iaitu pertambahan penduduk di kawasan bandar dan peningkatan penghijrahan, khususnya di bandar Kuching, Bintulu dan Miri. Secara keseluruhan, bilangan penduduk di kawasan bandar telah bertambah setelah satu dekad berlalu, terutamanya di bandar-bandar utama seperti di Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Pada tahun 1980, hanya 24.2% daripada penduduk tinggal di bandar Kuching. Keadaan ini sudah jauh berbeza pada tahun 1991, di mana 75.3% telah menetap di bandar. Ini disebabkan peningkatan penduduk ataupun disebabkan oleh penakrifan semula kawasan bandar. Bilangan penduduk di bandar terus meningkat ke 85.5% pada tahun 2000. Begitu juga bagi bandar Bintulu, Miri dan Sibu pada tahun 1991 dan 2000. Salah satu faktor yang mempercepatkan proses urbanisasi di Sarawak ialah migrasi penduduk. Daripada Band Penduduk 1991, penghijrahan antara tempat atau migrasi dalaman adalah tertinggi di Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, iaitu 10.7%. Bandar-bandar utama menjadi penerima bersihyang besar seperti dalam tempoh 1986 - 1991, Kuching menerima 30,986 penghijrah, Miri menerima 20,800, Bintulu menerima 20,297penghijarah dan Sibu menerima 19,161 penghijrah. Pelbagai masalah telah menjadi cabaran kepada penduduk Sarawak, seperti pengangguran, kemiskinan, kesihatan kurang memuaskan, pencapaian pendidikan yang rendah, dan sosio-ekonomi luar bandar semakin merosot. Adalah dicadangkan agar beberapa tindakan strategik dilakukan agar masyarakat Sarawak dapat dimajukan pada masa hadapan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11523/1/AJ_ROSITA%20HJ.%20SUHAIMI%20JAS%2001.pdf