Adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam : satu kajian kes di Selangor / Asmawati Suhid

Pendidikan mempunyai kaitan dengan nilai. Al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa pendidikan menanam perangai baik dalam diri pelajar supaya mereka "dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, pendidikan nilai itu penting dan pendidikan nilai dalam Pendidikan Islam (PI) mampu mena...

Ful tanımlama

Kaydedildi:
Detaylı Bibliyografya
Yazar: Suhid, Asmawati (Yazar)
Materyal Türü: Kitap
Baskı/Yayın Bilgisi: UPENA, 2006.
Konular:
Online Erişim:Link Metadata
Etiketler: Etiketle
Etiket eklenmemiş, İlk siz ekleyin!
Diğer Bilgiler
Özet:Pendidikan mempunyai kaitan dengan nilai. Al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa pendidikan menanam perangai baik dalam diri pelajar supaya mereka "dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, pendidikan nilai itu penting dan pendidikan nilai dalam Pendidikan Islam (PI) mampu menangani kegawatan sosial dan moral serta menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Mulai 1987, PI wajib diambil oleh pelajar beragama Islam. Sepanjang perlaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan, antaranya ialah, PI kurang berkesan dari sudut pembinaan akhlak pelajar. Untuk menangani kelemahan ini, mulai 2003 komponen Adab Dan Akhlak Islam (AAI) diperkenalkan dalam PI. Bagaimanapun, tidak terdapat maklumat tentang kesesuaiannya dari sudut kesediaan pembelajaran pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesesuaian pengagihan subbidang pembelajaran dalam komponen AAI menurut persepsi guru di peringkat prauniversiti. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan deskriptif untuk mendapatkan data kuantitatif di daerah Hulu Langat dan Petaling, Selangor. Untuk mendapatkan sampel kajian, penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Untuk kajian ini, satu soal selidik tinjauan digunakan. Dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS), data yang diperoleh menunjukkan bahawa beberapa perubahan pada pengagihan subbidang pembelajaran AAI perlu dilakukan.
Diğer Bilgileri:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11535/1/AJ_ASMAWATI%20SUHID%20CITU%2006.pdf