Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan

Sebagai sebuah wahana yang luwes, pembikinan filem merupakan proses kesenian yang semestinya mencabar seorang karyawan filem memperlihatkan daya imaginasi dan kreativiti sinematiknya. Beliau bertanggungjawab menentukan kod-kod sinematik yang untuk dimanipulasikan dalam filemnya untuk menjadikan nara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Hassan, Badrul Redzuan (Author)
Format: Book
Published: UPENA, 2006.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebagai sebuah wahana yang luwes, pembikinan filem merupakan proses kesenian yang semestinya mencabar seorang karyawan filem memperlihatkan daya imaginasi dan kreativiti sinematiknya. Beliau bertanggungjawab menentukan kod-kod sinematik yang untuk dimanipulasikan dalam filemnya untuk menjadikan naratif sesebuah filem itu dipikul dan dikuasai oleh kekuatan naratif semiotiknya. Inilah antara cabaran besar khalayak filem yang mungkin "menonton" dengan mata yang "rabun" tetapi tidak celik "membaca" kod-kod sinematik yang disulam halus oleh pengarah dan editor filem. Bertolak daripada tanggapan ini, makalah ini mencadangkan bahawa filem SEPET arahan Yasmin Ahmad ini telah menggunakan beberapa aspek sinematik filem yang telah mencabar khalayaknya dalam menemukan interpretasi atau semantik filem yang tuntas. Dengan memfokus kepada babak tragis di penghujung filem ini, makalah ini akan cuba mendekonstruksikan kod-kod sinematik yang sepatutnya dibaca oleh khalayak dalam usaha membina sesuatu interpretasi yang kreatif serta kesimpulan yang munasabah.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11597/1/AJ_BADRUL%20REDZUAN%20ABU%20HASSAN%20JSM%2006%201.pdf