Indeks kemampuan pengurusan PKS Melayu / Bumiputera di Malaysia 2012 / Muhammad Rozi Malim, Mohd Sazili Shahibi and Ghazali Daimin

Kemampuan Pengurusan telah menjadi petunjuk penting prestasi dalam pengurusan sesebuah organisasi. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya Melayu dan Bumiputera, sering berhadapan dengan masalah-masalah yang jarang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar dan multinasional. Salah satu masalah u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Malim, Muhammad Rozi (Author), Shahibi, Mohd Sazili (Author), Daimin, Ghazali (Author)
Format: Book
Published: Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), 2013.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemampuan Pengurusan telah menjadi petunjuk penting prestasi dalam pengurusan sesebuah organisasi. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya Melayu dan Bumiputera, sering berhadapan dengan masalah-masalah yang jarang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar dan multinasional. Salah satu masalah utama adalah kemahiran pengurusan. Kertaskerja ini bertujuan menilai kemampuan pengurusan dan kompetensi PKS Melayu/Bumiputera di Malaysia menggunakan Indeks Kemampuan Pengurusan (IKP) berdasarkan piawaian yang telah diterimapakai oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM). Satu kajian telah dijalankan menggunakan borang soalselidik yang telah diadaptasi daripada kajiselidik yang digunakan oleh MIM. Borang-borang soalselidik telah dihantar secara pos kepada sekurang-kurangnya 500 PKS Melayu/Bumiputera di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dengan tumpuan utama di Lembah Klang. Kaedah temuduga secara berdepan juga telah dijalankan bagi mendapatkan bilangan responden yang lebih baik dan data lebih tepat. Indeks Kemampuan Pengurusan PKS Melayu dan Bumiputera di Malaysia bagi tahun 2012 dicatatkan pada 65.36.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12582/1/AJ_MUHAMMAD%20ROZI%20MALIM%20IMP%2013.pdf