Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia / Hasan Abdullah ... [et al.]

Kajian melalui geran RMI berjumlah RM20,000 telah mengenalpasti beberapa sumbangan industri homestay kepada penjanaan ekonomi. Antara sumbangannya ialah terhadap pembinaan kilang-kilang di kawasan sekitar, peningkatan aktiviti-aktiviti kebudayaan, peningkatan peniaga dalam pengeluaran dan perniagaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Hasan (Author), Wahab, Samsudin (Author), Shahibi, Mohd Sazili (Author), Malim, Muhammad Rozi (Author), Ali, Juwahir (Author)
Format: Book
Published: Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), 2013.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian melalui geran RMI berjumlah RM20,000 telah mengenalpasti beberapa sumbangan industri homestay kepada penjanaan ekonomi. Antara sumbangannya ialah terhadap pembinaan kilang-kilang di kawasan sekitar, peningkatan aktiviti-aktiviti kebudayaan, peningkatan peniaga dalam pengeluaran dan perniagaan kuih tradisional, merancakkan industri katering, peningkatan pembangunan infrastruktur dan prasarana berkaitan pelancongan, memartabatkan industri pertukangan, mewujudkan kampung berinternet (ICT). Dapatan ini menunjukkan bahawa semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan melalui gabungan berbagai agensi dan kementerian telah memberikan impak yang besar kepada penjanaan ekonomi setempat secara mikro seterusnya kepada skop makro secara langsung telah memberi kesan kepada kekukuhan ekonomi negara. Dapatan ini boleh dijadikan satu model penentuan Indeks Prestasi Kementerian (KPI) setiap agensi dan kementerian yang terlibat. Hasilnya, satu model integrasi Indeks Prestasi Kementerian (KPI) bagi Kementerian Pelancongan, Persatuan Homestay Negeri, Medan Infodesa (MID), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri, Jawatankuasa Pelancongan Negeri dan Jabatan Kemajuan Masyarakat negeri yang khusus kepada usaha membantu homestay dapat diutarakan. Indeks KPI ini sesuai diintegrasikan kepada agensi-agensi ini kerana ia terbabit secara langsung kepada kejayaan industri homestay Melayu. Model integrasi ini merupakan satu produk atau hasilan yang boleh membanggakan UiTM untuk diketengahkan kepada setiap agensi sebagai satu 'tool' untuk mengukur sumbangan mereka kepada negara secara konsisten melalui aktiviti serampang tiga mata khususnya dalam membangunkan industri homestay Melayu ke peringkat dunia global.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12583/1/AJ_HASAN%20ABDULLAH%20IMP%2013.pdf