UiTM dan destini Melayu / Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin

Bak kata pepatah, "irama dan lagu tidak sesekali dapat dipisahkan", begitulah juga dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kaum Bumiputera yang sememangnya tidak boleh dipisahkan. Keduadua komponen ini amat berkait rapat dan mempunyai elemen sentimental terutamanya dari segi bangsa dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Daimin, Ghazali (Author)
Format: Book
Published: Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), 2013.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bak kata pepatah, "irama dan lagu tidak sesekali dapat dipisahkan", begitulah juga dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kaum Bumiputera yang sememangnya tidak boleh dipisahkan. Keduadua komponen ini amat berkait rapat dan mempunyai elemen sentimental terutamanya dari segi bangsa dan juga persejarahannya. Penubuhan UiTM pada dasarnya adalah untuk membantu anak-anak Bumiputera dari segi pelajaran mereka seterusnya mempertingkatkan sosio-ekonomi mereka. Matlamat yang sama juga dikongsi dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dimana anak-anak mereka diberi sama taraf untuk diterima masuk belajar di UiTM demi membantu di dalam mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka. Menurut Nadia Bt Alwi (2004), kemerosotan pencapaian pelajaran oleh pelajar-pelajar Bumiputera khasnya pada peringkat SPM amat ketara sekali terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Begitu juga pada peringkat pusat pengajian tinggi iaitu di Universiti-Universiti Awam di Malaysia, jumlah pelajar-pelajar Bumiputera yang berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama masih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian kaum Cina. Menyedari fenomena ini yang sudah melangkaui sejak dahulu lagi, UiTM mengambil langkah ke depan dengan mewujudkan puluhan malah ratusan akademik program bagi membantu kaum Bumiputera untuk maju dalam pendidikan. Malah UiTM juga telah mewujudkan satu program khas iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang akan mengambil pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera yang mempunyai minimum kelayakan 3 kredit sahaja (SPM) untuk memasuki pengajian peringkat Pra-Sains atau PraPerdagangan di serata kampus UiTM di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12586/1/AJ_GHAZALI%20DAIMIN%20IMP%2013.pdf