Kajian budaya dan fundamental terhadap seni lukisan kontemporari Malaysia : masyarakat jawi peranakan / Siti Nur Izaura Mohd Razis

Proses asimilasi dalam aspek kebudayaan seringkali berlaku apabila terdapat faktor penghijrahan atau biasanya dikenali sebagai penggabungan budaya dikalangan masyarakat dari dua benua yang berbeza. Ianya berlaku apabila kumpulan masyarakat atau sekurang-kurangnya seorang individu, yang mempunyai bud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Razis, Siti Nur Izaura (Author)
Format: Book
Published: Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), 2013.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses asimilasi dalam aspek kebudayaan seringkali berlaku apabila terdapat faktor penghijrahan atau biasanya dikenali sebagai penggabungan budaya dikalangan masyarakat dari dua benua yang berbeza. Ianya berlaku apabila kumpulan masyarakat atau sekurang-kurangnya seorang individu, yang mempunyai budaya mereka sendiri, berhijrah atau berkahwin dengan bangsa lain yang mempunyai identiti budaya tersendiri dan akhirnya bergabung sehingga terbentuk satu identiti baru yang dilihat bersatu. Hari demi hari, bilangan masyarakat yang terlibat dalam perkahwinan campur juga semakin meningkat dan kebanyakan mereka bermastautin di Malaysia. Jawi Peranakan adalah antara masyarakat yang melalui proses penyatuan budaya tersebut. Pelbagai usaha dan cabaran yang telah dilalui sehingga mereka akhirnya dikenali sebagai salah satu kumpulan minoriti yang telah banyak menyumbang kepada pelbagai kejayaan terutamanya dari aspek ekonomi dan pembangunan sosio-budaya, khususnya di Pulau Pinang. Dari sudut sejarah, istilah Jawi Pekan dan Jawi Peranakan merujuk kepada perkahwinan campur di mana pihak lelaki berasal dari Selatan India manakala pasangannya pula merupakan wanita Melayu tempatan. Tetapi kelompok ini masih kurang dikenali dari aspek bangsa dan etnik.Malah warisan budaya tradisional ini juga dilihat menghadapi ancaman kepupusan.Kajian ini memaparkan pelbagai aspek yang mencakupi ekonomi, amalan serta cara hidup dan kebudayaan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Melalui kajian ini juga , karya seni telah digunakan sebagai medium utama bagi membantu masyarakat supaya lebih memahami dan menghayati nilai estetika kebudayaan kelompok masyarakat ini. Seni moden seperti seni kontemporari dapat memberikan kita pengetahuan dan mempelbagaikan keunikan budaya yang telah tersedia wujud di kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya menghargai kewujudan sesebuah masyarakat. Secara ringkasnya kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial dan akademik untuk memahami tamadun sesuatu bangsa dalam konteks yang lebih luas. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana ia melambangkan identiti sesebuah negara.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12595/1/PRO_SITI%20NUR%20IZAURA%20MOHD%20RAZIS%20IMP%2013.pdf