Prosedur dan kaedah pengendalian kes perceraian di Mahkamah Syariah Perlis / Che Latifah Hj. Ismail

Perceraian menurut syariat Islam boleh berlaku melalui beberapa cara dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Setiap perceraian di Malaysia mestilah didaftarkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing. Tulisan ini berda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Che Latifah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2005.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perceraian menurut syariat Islam boleh berlaku melalui beberapa cara dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Setiap perceraian di Malaysia mestilah didaftarkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing. Tulisan ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Mahkamah Syariah Negeri Perlis bagi meninjau jumlah dan jenis-jenis kes perceraian serta prosedur pengendalian yang dilakukan dari tahun 1996 hingga 2000. Hasil kajian ini terdapat beberapa jenis perceraian yang telah dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Perlis, iaitu kes Fasakh, Cerai, Tebus Talak (Khulu') dan Batal Nikah. Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur Tuntutan dan Pembelaan, Prosedur Perbicaraan Kes dan Prosedur Rayuan yang telah ditetapkan oleh Enakmen. Selain itu, beberapa kaedah telah digunakan untuk pengendalian kes perceraian iaitu melalui kaedah penyiasatan, runding damai (Sulh), membentuk Jawatankuasa Pendamai, melalui kaedah timbang tara (Hakam) dan perbicaraan di mahkamah. Kaedah-kaedah ini dilaksanakan berdasarkan kesesuaian kes yang didaftarkan. Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang menghalang kelancaran pengendalian kes ini. Pihak mahkamah juga menghadapi masalah kekurangan kakitangan dan dewan perbicaraan yang menyebabkan perancangan masa perbicaraan kes tidak dapat disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memantapkan lagi pengendalian kes di Mahkamah Syariah Perlis khasnya, dan Mahkamah Syariah di Malaysia keseluruhannya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14690/1/AJ_CHE%20LATIFAH%20HJ.%20ISMAIL%20JI%2005.pdf