Sistem pengurusan Kualiti ISO 9000: Satu tinjauan awal / Azizan Kassim

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 menjadi agenda penting kepada organisasi di Malaysia untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Sektor swasta terutama sekali perkilangan telah menjadikan ISO 9000 sebagai agenda penting untuk persediaan bertanding di pasaran global. Banyak syarikat pembua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kassim, Azizan (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2003.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 menjadi agenda penting kepada organisasi di Malaysia untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Sektor swasta terutama sekali perkilangan telah menjadikan ISO 9000 sebagai agenda penting untuk persediaan bertanding di pasaran global. Banyak syarikat pembuatan di negara ini telah di anugerahkan pensijilan ISO 9000 oleh pihak SI RIM dan badan-bandan pengtauliahan swasta. ISO 9000 telah dijadikan satu aktiviti utama dalam usaha syarikat untuk menambahbaikan kualiti barang dan perkhidmatan syarikat. Pihak kerajaan juga tidak ketinggalan mengalakkan agensinya untuk mendapatkan pensijilan ISO 9000. Perkeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 2: 1996 telah dikeluarkan oleh kerajaan agar semua agensi-agensinya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000. Semua usaha ini dilakukan semata-mata untuk meningkatkan produktiviti organisasi dan negara secara keseluruhannya. Artikel ini ditulis untuk menemngkan empat aspek utama di dalam dalam pelaksanaan ISO 9000. Pertama, memberi penerangan mengenai hubungan di antara ISO 9000 dan kualiti. Kedua, ia menjelaskan keperluan-keperluan bagi mematuhi elemen piawaian ISO 9000. Ketiga menerangkan secara ringkas bagaimana menyediakan dokumentasi yang ditetapkan oleh ISO 9000. Keempat, menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan ISO 9000.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14708/1/AJ_AZIZAN%20KASSIM%20JI%2003.pdf