Pemuliharaan pendidikan rohaniyyah melalui pengajian islam / Suhailah Hj. Abd. Muin and Saharia Hj. Ismail

Pengajian Islam merupakan salah satu kursus mata pelajaran wajib (MPW1143) selain Pengajian Malaysia (MPW1133) bagi pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berdasarkan kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Namun Pada 6 April 2012, Mesyuara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hj. Abd. Muin, Suhailah (Author), Hj. Ismail, Saharia (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA Sabah, Kota Kinabalu, 2016.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajian Islam merupakan salah satu kursus mata pelajaran wajib (MPW1143) selain Pengajian Malaysia (MPW1133) bagi pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berdasarkan kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Namun Pada 6 April 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa penawaran dan pelaksanaan Kursus Pengajian Umum diselaraskan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara termasuk swasta, awam dan Politeknik. Pelarasan ini memansuhkan mata pelajaran Pengajian Islam (MPW1143) dan menggantikannya dengan Mata Pelajaran Umum (MPU) yang hanya menumpu kepada ilmu fardu kifayah berbanding fardu ain. Perubahan dasar ini adalah merujuk kepada agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dari aspek Pembangunan Holistik Pel ajar di institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan graduan IPT yang seimbang dari segi ilmu, keterampilan, moral dan nilai murni, patriotik dan berdisiplin ke arah pembentukan modal insan negara yang lebih holistik serta berpersonaliti unggul. Permasalahannya, dalam Islam ada dua konsep ilmu iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Justeru, perubahan dasar tersebut hanya lebih menjurus kepada penekanan ilmu fardu kifayah iaitu perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian masyarakat untuk memenuhi keperluan hidup yang hanya menumpu kepada kemajuan, kepakaran dan kemahiran insaniah. Inilah antara dasar ilmu yang cuba hendak diterapkan dalam bidang Pengajian Umum (MPU). Manakala dalam Pengajian Islam (MPW1143) menggabung jalin dua konsep ilmu tersebut secara serentak.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16449/1/AJ_SUHAILAH%20ABD%20MUIN%20BA%2016.pdf