Pendidikan Islam dengan akhlak moral pelajar: sorotan falsafah pendidikan Islam / Siti Noorbiah Md Rejab ... [et al.]

Sistem pendidikan masa kini dilihat semakin berkembang dan selari dengan komodenan sesebuah negara. Ramai pakar-pakar intelek antaranya dalam bidang saintis, kedoktoran, matematik dan selainnya lahir hasil dari pendidikan yang diterap di peringkat awal persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Rejab, Siti Noorbiah (Author)
Format: Book
Published: 2015.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem pendidikan masa kini dilihat semakin berkembang dan selari dengan komodenan sesebuah negara. Ramai pakar-pakar intelek antaranya dalam bidang saintis, kedoktoran, matematik dan selainnya lahir hasil dari pendidikan yang diterap di peringkat awal persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Selain itu kita juga turut merasa bangga kerana kepakaran mereka setanding dengan pakar-pakar barat yang terkenal dan terhebat di dunia. Namun di sebalik kebanggaan kita, ada sebahagian antara pelajar dan remaja masa kini terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Yang menyedihkan lagi, sebilangan antara mereka merupakan pelajar cemerlang dan sentiasa disanjungi oleh para guru dan pendidik. Sikap hormat-menghormati muda kepada tua, bahasa yang indah dan sedap didengari bukan lagi menjadi faktor utama dalam menentukan keperibadian seseorang individu.Keadaan ini amat membimbangkan, kerana peratusannya saban hari semakin meningkat. Oleh itu, kertas ini akan cuba melihat perkaitan sistem pendidikan Islam di sekolah dengan akhlak moral pelajar menurut falsafah pendidikan Islam. Kertas ini juga diharap menjadi panduan kepada para pendidik, pengkaji dan masyarakat amnya dalam mendidik mengikut method yang sebenar agar tercapai segala matlamat dan tujuan yang selari dengan Islam.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16613/2/PRO_SITI%20NOORBIAH%20MD%20REJAB%20M%2015.pdf