Pemahaman serta pengamalan makanan sunnah dan sunnah pemakanan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor Kampus Pasir Gudang / Siti Fairuz Sujak ... [et al.]

Pengamalan gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W perlu diimani, dipercayai dan diaplikasi dalam semua aspek kehidupan secara holistik kerana baginda adalah model terbaik yang telah menunjukkan secara terperinci pelbagai panduan dalam kehidupan. Dari aspek pemakanan, terdapat makanan yang menjadi kesukaan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sujak, Siti Fairuz (Author)
Format: Book
Published: 2015.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengamalan gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W perlu diimani, dipercayai dan diaplikasi dalam semua aspek kehidupan secara holistik kerana baginda adalah model terbaik yang telah menunjukkan secara terperinci pelbagai panduan dalam kehidupan. Dari aspek pemakanan, terdapat makanan yang menjadi kesukaan dan kebiasaan baginda serta tatacara pemakanan yang boleh dicontohi kerana sudah pasti ia mengandungi hikmah, khasiat dan kebaikan tertentu yang boleh dibuktikan kebenarannya secara saintifik. Kajian ini dijalankan bagi menilai sejauh mana warga UiTM Johor Kampus Pasir Gudang mengamalkan makanan sunnah dan tatacara makanan mengikut sunnah nabi. Seramai 460 orang responden telah menjawab soal selidik yang diberikan secara langsung (bersua muka) dengan lengkap melibatkan staf, pelajar dan pensyarah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif. Dapatan kajian dianalisis menggunakan teknik statistik diskriptif yang dijelaskan dalam bentuk kekerapan (s), peratusan (%) dan purata (mid). Hasil kajian mendapati, terdapat responden yang mengetahui jenis-jenis makanan sunnah tetapi tidak mengetahui khasiat mengamalkannya. Dari segi tatacara pemakanan, terdapat responden mempraktiskan tatacara makan mengikut sunnah tanpa menyedari ia adalah ajaran yang sunnah nabi. Ini berikutan kurangnya ilmu pengetahuan, sekadar mengikut adat budaya setempat dan terpengaruh dengan gaya makan yang lebih mudah dan pantas. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan di kalangan masyarakat umumnya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16629/2/PRO_SITI%20FAIRUZ%20SUJAK%20M%2015.pdf