Pengiraan faedah dan penyelesaian awal perjanjian sewa-beli di bawah akta sewa-beli 1967-satu perbincangan / Nik Mohamed Ruslin Nik Jaafar

Pembelian barangan secara perjanjian sewa-beli merupakan salah satu kaedah bayaran ansuran yang begitu popular di kalangan pengguna-pengguna Malaysia bagi mendapatkan secepat mungkin barangan yang mereka hajati. Perjanjian Sewa-Beli di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 dan setiap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Sarawak, 1992.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelian barangan secara perjanjian sewa-beli merupakan salah satu kaedah bayaran ansuran yang begitu popular di kalangan pengguna-pengguna Malaysia bagi mendapatkan secepat mungkin barangan yang mereka hajati. Perjanjian Sewa-Beli di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 dan setiap perjanjian akan melibatkan dua parti yang terdiri daripada penyewa (pembeli) dan tuanpunya (syarikat kewangan). Artikel ini walau bagaimanapun tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut isi kandungan dan berbagai defmisi yang terdapat di dalam akta ini, tetapi akan menumpukan kepada perbincangan dalam pengiraan faedah ke atas amaun sewa beli dan pengiraan amaun yang perlu dibayar oleh penyewa apabila membuat penyelesaian awal. Ini penting kerana kebanyakan pengguna tidak begitu faham dengan kaedah yang digunakan oleh tuan punya (syarikat kewangan) apabila membuat pengiraan faedah dan amaun yang perlu dibayar oleh penyewa dalam menyelesaikan perjanjian lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, artikel ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah-masalah di atas mengikut Akta Perjanjian Sewa Beli 1967. Diharapkan melalui artikel ini, para pengguna akan mendapat satu penerangan yang jelas dan boleh dipraktikkan oleh para pengguna dalam membuat keputusan untuk menggunakan kemudahan perjanjian sewa beli atau pun apabila membuat keputusan untuk menyelesaikan perjanjian sewa beli sebelum tamat tempohnya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16790/1/AJ_NIK%20MOHAMED%20RUSLIN%20NIK%20JAAFAR%20JAS%2092.pdf