I Want To Touch a Dog: Islam, penyesuaian tradisi dan pembentukan imej Melayu moden / Md Azalanshah Md Syed

Kajian kualitatif ini memfokuskan kepada penyertaan generasi muda Melayu dalam perdebatan popular mengenai kempen I Want to Touch a Dog menerusi media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu ciri penting dalam proses pemodenan negara ialah penyertaan khalayak awam terhadap perbincangan isu-i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Syed, Md Azalanshah (Author)
Format: Book
Published: 2016.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini memfokuskan kepada penyertaan generasi muda Melayu dalam perdebatan popular mengenai kempen I Want to Touch a Dog menerusi media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu ciri penting dalam proses pemodenan negara ialah penyertaan khalayak awam terhadap perbincangan isu-isu sosial bagi pembinaan masyarakat yang lebih demokratik. Berdasarkan kempen tersebut, kajian ini berhujah bahawa generasi muda Melayu hari ini mempunyai tafsiran yang rencam khasnya mengenai identiti dan imej peribadi. Mereka cenderung untuk menyesuai dan mentafsir semula struktur ideologi masyarakat Melayu khususnya Islam dengan tahap narsisisme yang tertentu. Pada masa yang sama, Islam turut menjadi objek imaginasi visual dalam membentuk tanggapan terhadap persekitaran sosial semasa. Penyertaan generasi muda Melayu dalam perdebatan yang rencam mengenai Islam, identiti dan perkaitannya menerusi kempen I Want to Touch a Dog telah meletakkan mereka sebagai khalayak sebar dalam teori kajian khalayak yang menyaksikan ketepuan penggunaan internet dalam konteks kehidupan seharian. Keadaan ini dipamerkan menerusi aspirasi terhadap imej-imej moden dan penyesuaian tradisi dalam membentuk imej Melayu semasa.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18717/1/18717.pdf