Alam sebagai sumber reka bentuk motif-motif seni hiasan fabrik masyarakat melayu / Abd. Rasid Ismail, Ahmadrashidi Hasan dan Shahariah Mohamed Roshdi
Penyelidikan ini adalah tentang motif-motif fabrik masyarakat Melayu dengan tujuan untuk memperlihatkan keindahan yang terdapat pada motif-motif tersebut dari segi struktur binaan dan maknanya. Tiga jenis fabrik dipilih sebagai sampel kajian, ia itu songket, batik dan tekat. Fabrik tersebut dianggap...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2016-06.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini adalah tentang motif-motif fabrik masyarakat Melayu dengan tujuan untuk memperlihatkan keindahan yang terdapat pada motif-motif tersebut dari segi struktur binaan dan maknanya. Tiga jenis fabrik dipilih sebagai sampel kajian, ia itu songket, batik dan tekat. Fabrik tersebut dianggap sebagai yang paling utama. Kaedah analisis dalam kajian ini ialah menggunakan teknik analisis motif dari sudut deslaiptif, analisis, interpretasi dan evaluasi seperti yang dicadangkan oleh Ragan. Attribusi kajian adalah mengambil aspek-aspek visual seperti yang dicadangkan oleh Kumpulan Bahaus yang merangkumi elemen seni visual dan prinsip-prinsip rekaan seni visual. Dalam analisis itu tumpuan diberi kepada aspek binaan, iaitu bagaimana unsur dan prinsip itu digabungjalin sehingga menerbitkan motif yang berkaitan. Di samping itu kajian ini juga meneliti aspek isi, iaitu makna-makna yang terpancar daripada miotif-motif tersebut. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa meskipun orang Melayu yang menjadi pandai tukang dan pereka seni tersebut tidak terdidik secara fomal tentang seni visual tetapi pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki adalah pada tahap yang tinggi. Mutu dan keindahan fabrik tersebut sangat bergantung kepada motif-motif yang dihasilkan oleh tukan atau perekanya. Motif-motif berkenaan juga bukan sahaja indah secara visual tetapi juga memancarkan falsafah dan nilai hidup masyarakat yang mendukungnya. Pemilihan subjek yang selektif dan penampilan motif berkenaan sangat serasi dengan budaya, pemikiran dan gaya hidup Melayu. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi kenyakinan bukan sahaja kepada pereka tetapi juga kepada umum bahawa motif tradisional itu indah dan patut dilestarikan. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20034/1/PRO_ABD.%20RASID%20BIN%20ISMAIL%20M%2016.pdf |