Pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import oleh Jakim / Mohd Zaid Daud ... [et al.]

Industri produk makanan halal di Malaysia secara global telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Pasaran produk makanan halal bukan sahaja menarik minat kepada negara yang majoritinya adalah Muslim, bahkan negara yang majoriti bukan-Muslim turut berminat terhadap pasaran produk makanan halal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Daud, Mohd Zaid (Author), Jaafar, Nurzahidah (Author), Syed Abdullah, Sharifah Fadylawaty (Author)
Format: Book
Published: 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri produk makanan halal di Malaysia secara global telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Pasaran produk makanan halal bukan sahaja menarik minat kepada negara yang majoritinya adalah Muslim, bahkan negara yang majoriti bukan-Muslim turut berminat terhadap pasaran produk makanan halal. Dalam hal ini, ia melibatkan proses import dan eksport antara negara secara global. Prospek pasaran makanan halal ini dilihat mampu untuk meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung menambah pendapatan pengimport / pengeksport yang merupakan Muslim dan bukan-Muslim. Kemasukan produk import ke dalam negara ini telah memberi kesan kepada pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjamin status kehalalan produk makanan yang diimport. Oleh itu, pendekatan pengurusan sesebuah organisasi haruslah sentiasa holistik dan komprehensif kerana ia memerlukan tanggungjawab yang berterusan bagi menjamin status kehalalan produk import yang dipasarkan. Walau bagaimanapun, kesan daripada pengimportan makanan halal ke dalam negara telah membawa kepada beberapa isu utama iaitu pemalsuan dan penyalahgunaan sijil dan logo halal, serta ketidakpatuhan produk makanan import yang mengandungi bahan yang tidak halal. Oleh yang demikian, pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan perlu dilaksanakan untuk menangani permasalahan ini. Maka, kajian ini adalah untuk melihat pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jakim terhadap produk makanan import yang dipasarkan di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20134/2/PRO_MOHD%20ZAID%20DAUD%20M%2017.pdf