Urustadbir harta wakaf Melaka: Strategi penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) / Norajila Che Man ... [et al.]

Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang ku...

Ful tanımlama

Kaydedildi:
Detaylı Bibliyografya
Asıl Yazarlar: Che Man, Norajila (Yazar), Nordin, Rawi (Yazar), Ab Hamid, Norafifah (Yazar), Abd Wahab, Nor Azlina (Yazar)
Materyal Türü: Kitap
Baskı/Yayın Bilgisi: 2017.
Konular:
Online Erişim:Link Metadata
Etiketler: Etiketle
Etiket eklenmemiş, İlk siz ekleyin!
Diğer Bilgiler
Özet:Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang kurang memuaskan.Justeru kertas kerja ini cuba melihat isu-isu berkaitan pengurusan wakaf di Melaka dan strategi penambahbaikan yang dilakukan oleh MAIM bagi mengatasi masalah tersebut. Penelitian kertas ini adalah berdasarkan rujukan terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber antaranya ialah artikel, jurnal, buku, enakmen wakaf, juga hasil temu bual bersama pegawai berautoriti dari MAIM. Dapatan awal mendapati bahawa isu-isu yang telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 berkaitan pengurusan hartanah wakaf di Melaka telah diambil tindakan sewajarnya oleh MAIM. Sebagai contoh ialah isu kos tinggi bayaran penilaian terhadap tanah wakaf yang terpaksa ditanggung oleh MAIM bagi tanah-tanah wakaf yang hendak diwartakan. Justeru pihak MAIM mendapatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka bagi memastikan tanah wakaf dapat diwartakan tanpa dikenakan bayaran penilaian terhadap tanah tersebut.
Diğer Bilgileri:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20139/1/PRO_NORAJILA%20CHE%20MAN%20M%2017.pdf