Perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan digital bagi kursus CTU281: Kesan terhadap motivasi diri pelajar grafik di UiTM Alor Gajah / Ilinadia Jamil ... [et al.]

Teknologi komputer pada masa kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Malah pelajar juga kini lebih menghabiskan banyak masa menggunakan kemudahan komputer atau internet. Teknologi membolehkan para pelajar belajar dengan lebih produktif dan memastikan peranan pensyarah lebih proakti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamil, Ilinadia (Author), Harun, Azahar (Author), Mohamed Yussof, Fatrisha (Author), Hassan, Nor Yus Shahirah (Author), Mohd Radzi, Fazlina (Author)
Format: Book
Published: 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi komputer pada masa kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Malah pelajar juga kini lebih menghabiskan banyak masa menggunakan kemudahan komputer atau internet. Teknologi membolehkan para pelajar belajar dengan lebih produktif dan memastikan peranan pensyarah lebih proaktif dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah (Keengwe, Onchwari et al. 2008). Justeru, teknologi multimedia interaktif dan aplikasi permainan digital dalam persekitaran pembelajaran dapat memupuk proses pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik khususnya di kalangan pelajar universiti. Kajian ini telah dibuat dengan perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan digital bagi projek akhir pelajar Diploma Grafik (AD111) UiTM Alor Gajah, Melaka yang mengambil kursus Keindahan dan Kreativiti Islam (CTU281) untuk melihat impak serta keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan digital ini terhadap prestasi akademik dan motivasi diri pelajar. Program Islamic Art and Communication Festival (ISAC 2016) adalah platform yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama dari Fakulti Komunikasi Pengajian Media (FKPM) dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) yang bertujuan untuk mengurangkan statistik kegagalan pelajar dalam kod kursus CTU serta membantu para pelajar lulus dalam kursus wajib ini...
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20243/1/PRO_ILINADIA%20JAMIL%20M%2017.pdf