Peranan IPTA dan IPTS dalam menerapkan pendidikan al-Quran di dalam kurikulum sebagai kursus teras bagi semua pelajar Islam di Malaysia: Kajian awal di beberapa buah IPT di Malaysia / Nor Ashiqeen Jamaluddin ... [et al.]

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kurikulum Al-Quranic sebagai mata pelajaran wajib universiti untuk memartabatkan Al-Quran sebagai wahyu agung di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, merupakan kewajipan pemimpin untuk menyusun semula sistem pendidikan di Negara ini dem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Raihana Farahiyah (Author), Mohd Noor, Sulaiman Shakib (Author), Kadir, Mohd Nazir (Author)
Format: Book
Published: 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kurikulum Al-Quranic sebagai mata pelajaran wajib universiti untuk memartabatkan Al-Quran sebagai wahyu agung di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, merupakan kewajipan pemimpin untuk menyusun semula sistem pendidikan di Negara ini demi meningkatkan tamadun intelektual di Negara kita. Tenaga professional yang terdiri daripada sarjana yang lahir daripada Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negara ini perlu di berikan pendidikan Al-Quran sebagai mata pelajaran asasi. Al-Quran sebagai sumber rujukan kehidupan tidak sepatutnya di belakangkan walaupun pelajar daripada aliran kedoktoran atau kejuruteraan mahupun undang-undang. Banyak manfaat dan syafaat daripada mempelajari al-Quran justeru kajian ini harus dilakukan. Kajian dijalankan adalah dengan menemuramah individu-individu yang menyelaras dan mengajar kursus teras universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Kolej Universiti Islam Antarbangsa (KUIS) yang telah melaksanakan kurikulum Al-Quran, serta pensyarah dan pentadbir universiti lain terutamanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Malaysia dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah dialektik untuk melihat secara mendalam kaedah untuk menerapkan kursus al-Quran yang sesuai diaplikasikan di dalam kurikulum bersepadu institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20249/2/PRO_NOR%20ASHIQEEN%20JAMALUDDIN%20M%2017.pdf