Perubahan personaliti berdasarkan faktor agama menurut perspektif Islam / Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, Zulkefli Aini dan Rosmawati Mohamad Rasit

Setiap perubahan personaliti yang berlaku ke atas manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Di antara faktor penting yang membawa kepada perubahan personaliti manusia adalah agama. Perubahan personaliti menurut perspektif Islam ialah membentuk akhlak yang baik dan sahsiah yang unggul selari dengan...

Description complète

Enregistré dans:
Détails bibliographiques
Auteurs principaux: Mohd Tahir, Ahmad Fakhruddin (Auteur), Aini, Zulkefli (Auteur), Mohamad Rasit, Rosmawati (Auteur)
Format: Livre
Publié: Academy of Contemporary Islamic Studies, 2018-01.
Sujets:
Accès en ligne:Link Metadata
Tags: Ajouter un tag
Pas de tags, Soyez le premier à ajouter un tag!
Description
Résumé:Setiap perubahan personaliti yang berlaku ke atas manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Di antara faktor penting yang membawa kepada perubahan personaliti manusia adalah agama. Perubahan personaliti menurut perspektif Islam ialah membentuk akhlak yang baik dan sahsiah yang unggul selari dengan batasan syariat Islam. Namun begitu, permasalahan timbul apabila sesuatu perubahan positif yang berlaku tidak berkekalan. Terdapat segelintir manusia apabila berubah kepada kebaikan, mereka tidak dapat mengekalkan perubahan tersebut malah kembali berubah kepada keadaan asal. Selain itu, terdapat juga segelintir manusia yang kembali berubah kepada asal bahkan lebih teruk apabila sanggup menggadaikan maruah dan melanggar batasan syariat Islam. Keadaan tersebut akan mengakibatkan berlakunya permasalahan akidah, akhlak dan sosial. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor agama sebagai faktor perubahan personaliti menurut perspektif Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk dokumen analisis kandungan dengan mengumpul data-data yang berkaitan kefahaman yang mendalam dari aspek teoritikal. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor agama Islam mendorong manusia untuk menjadi makhluk dan umat manusia yang terbaik melalui keimanan, amalan saleh, perbuatan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Agama Islam membina manusia yang berdisiplin melalui ibadah dan ketaatan kepada Allah S.W.T serta memupuk manusia untuk menjadi yang terbaik melalui akhlak dan sifat yang terpuji. Selain itu, agama Islam merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada manusia supaya mengekalkan perubahan personaliti yang konsisten walau dalam apa jua keadaan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T.
Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22525/1/AJ_AHMAD%20FAKHRUDDIN%20%20MOHD%20TAHIR%20M%20ACIS%2018.pdf