Analisis pilihan raya : Model keperluan gabungan kuasadan kemenangan majoriti / Saadon Awang
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2008.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan, malahan hampir dinafikan. Beberapa negeri turut tumbang atau tidak dapat dikuasai oleh parti pemerintah Kerajaan Pusat. Kertas ini cuba menjelaskan keperluan wujudnya gabungan parti politik dalam negara yang mempunyai masyarakat majm.uk seperti Malaysia dan kemenangan berdasarkan majoriti manakah yang boleh menjamin kestabilan sesebuah kerajaan yang dibentuk. Kertas berbentuk perbincangan konsep ini mengutarakan Model Keperluan Gabungan Kuasa dan Kemenangan Majoriti untuk menunjukkan hubungan antara keduadua angkubah. Penghubung (moderator) kepada hubungan ini ialah melalui faktor 6C iaitu Coalition, Cooperation, Compromise, Conspiracy, Contingency dan Consequences. Coalition menjadi asas kepada matlamat untuk mendapatkan kuasa, manakala Cooperation dan Compromy menjadi kaedah perlaksanaan kepada kuasa dengan Conspiracy dan Contingency menjadi alternatif kepada perlaksanaan itu apabila kuasa yang diperoleh itu tergugat. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan berasaskan pada sejauh mana pihak yang memegang kuasa (memerintah) itu memegang kuasa majoriti melalui mandatyang diberikan kepada mereka. Kesan-kesan ini dijelaskan melalui faktor Consequences. Adalah diharapkan model ini akan menjadi panduan kepada parti-parti politik dan pihak pihak yang berkenaan dalam merangka strategi dan percaturan ke arah mendapat kemenangan dan mencapai matlamat berada di tampuk kuasa pemerintahan negara pada masa hadapan. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2947/2/2947.pdf |