Kesilapan sebutan konsonan awalan dalam pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak / Wee Sheau Ping and Cindy Richard Thing

Kursus tahap permulaan bahasa Mandarin UiTM menggunakan sistem fonetik Hanyu Pinyin dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin. Pada awal pembelajaran, para pelajar bukan penutur jati didapati menghadapi kesukaran untuk mempelajari sistem fonetik tersebut. Sebutan yang tidak tepat boleh menjadi halang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wee, Sheau Ping (Author), Richard Thing, Cindy (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, 2018-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kursus tahap permulaan bahasa Mandarin UiTM menggunakan sistem fonetik Hanyu Pinyin dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin. Pada awal pembelajaran, para pelajar bukan penutur jati didapati menghadapi kesukaran untuk mempelajari sistem fonetik tersebut. Sebutan yang tidak tepat boleh menjadi halangan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penutur. Permasalahan ini tidak akan berakhir sekiranya kesilapan sebutan tidak dapat dikenal pasti dan diperbetulkan pada peringkat awal pembelajaran bahasa Mandarin. Kajian ini meneliti kesilapan sebutan konsonan awalan 41 orang pelajar kursus bahasa Mandarin Tahap 1 iaitu TMC401 UiTM Sarawak yang terdiri daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat melalui kaedah pemerhatian dalam ujian simulasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti subjek membuat kesilapan sebutan dalam bunyibunyi plosif, frikatif dan afrikat. Hasil kajian memberi implikasi yang besar terhadap pengajar kursus agar menyedarkan dan membetulkan sebutan pelajar untuk mengatasi halangan sebutan pada peringkat awal pembelajaran. Dengan penguasaan sebutan bahasa Mandarin yang tepat, maka proses pembelajaran pelajar akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29575/1/29575.pdf