Kedudukan Barisan Nasional dalam pilihan raya Malaysia:Berakhirnya era hegemoni / Sulastry Yurni Ahmad and Nidzam Sulaiman

Pilihan raya di Malaysia telah berjalan sejak pertama kali diperingkat bandaran pada tahun 1952 hingga Pilihanraya Umum 2008 pada Mac lalu. Dalam semua pilihan raya tersebut parti kerajaan iaitu Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah muncul sebagaiparti yang dominan, Ini dapat diliha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Sulastry Yurni (Author), Sulaiman, Nidzam (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan raya di Malaysia telah berjalan sejak pertama kali diperingkat bandaran pada tahun 1952 hingga Pilihanraya Umum 2008 pada Mac lalu. Dalam semua pilihan raya tersebut parti kerajaan iaitu Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah muncul sebagaiparti yang dominan, Ini dapat dilihat dalam beberapa kes seperti pilihan raya tahun 1964, 1974, 1978, 1982, 1986, 1995 dan 2004 yang telah menunjukkan dominasi yang sangat ketara dengan penguasaan jauh melebihi majoriti dua pertiga. Keadaannya agak berbeza dalam pilihan raya 2008 apabila dominasinya mulai tercabar. Persoalannya bagaimanakah parti pemerintah dapat meneruskan dominasi ini dan kenapakah parti ini sukar untuk digugat oleh parti lawan sepanjang 50 tahun pemerintahan Perikatan dan BN. Kertas ini dengan itu cuba membincangkan perkara ini dengan menumpukan kepada konsep hegemoni yang tersulam rapi dalam budaya politik Melayu dan bagaimana hegemoni dieksploitasi dalam usaha pengekalan status quo oleh parti pemerintah. Pelbagai langkah coercion dan consent telah dilaksanakan pada sepanjang masa oleh golongan pemerintah bagi meneruskan penguasaan mereka. Sementara itu, pada tahun 2008 ternyata hegemoni sudah mulct dicabar kerana terdapat pelbagai faktor seperti yang dibincangkan oleh ramai sarjana tempatan mahupun antarabangsa.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2959/1/PRO_SULASTRY%20YURNI%20AHMAD%2008_P1.pdf