Keberkesanan ekstrak daun sirih sebagai ejen antikulat (the effectiveness of Betel leaves extract as antifungal agent) / Emi Norzehan Mohamad Mahbob ... [et al.]
Sirih atau nama saintifiknya, Piper betle, adalah pokok berubat, yang telah dilaporkan mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti nyah kulat, nyah bakteria, antioksida, anti karsinogenik, dan anti keradangan. Kajian ini dijalankan untuk melihat aktiviti nyah kulat ekstrak etanol daun sirih. Dau...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA,
2019.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
MARC
LEADER | 00000 am a22000003u 4500 | ||
---|---|---|---|
001 | repouitm_29974 | ||
042 | |a dc | ||
100 | 1 | 0 | |a Mohamad Mahbob, Emi Norzehan |e author |
700 | 1 | 0 | |a Mohamad Ashari, Zaidatul Shakila |e author |
700 | 1 | 0 | |a Abdullah, Fathiah |e author |
700 | 1 | 0 | |a Alshurdin, Siti Hajar Noor |e author |
245 | 0 | 0 | |a Keberkesanan ekstrak daun sirih sebagai ejen antikulat (the effectiveness of Betel leaves extract as antifungal agent) / Emi Norzehan Mohamad Mahbob ... [et al.] |
260 | |b Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA, |c 2019. | ||
500 | |a https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29974/1/29974.pdf | ||
520 | |a Sirih atau nama saintifiknya, Piper betle, adalah pokok berubat, yang telah dilaporkan mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti nyah kulat, nyah bakteria, antioksida, anti karsinogenik, dan anti keradangan. Kajian ini dijalankan untuk melihat aktiviti nyah kulat ekstrak etanol daun sirih. Daun sirih yang matang dikumpulkan dan diproses menjadi serbuk halus sebelum diekstrak menggunakan etanol. Bahagian pertama kajian berkenaan pengujian aktiviti antikulat ekstrak etanol sirih menggunakan kaedah resapan cakera pada empat kepekatan yang berbeza (5, 25, 50, 100 mg/mL) terhadap tiga jenis kulat yang telah dipencilkan dari permukaan makmal. Sensitiviti kulat terhadap ekstrak etanol telah ditentukan dengan mengukur saiz zon perencatan. Keputusan menunjukkan ekstrak dengan kepekatan tertinggi (100 mg/mL) merencat pertumbuhan ketiga-tiga jenis kulat yang dipencilkan dengan nilai zon perencatan 0.97 cm (yis), 0.83 cm (Aspergillus sp.) dan 0.77 cm untuk Penicillium sp. Ekstrak dengan kepekatan yang lebih rendah (5, 25 and 50 mg/mL) tidak menunjukkan sebarang perencatan ke atas ketiga-tiga jenis kulat kecuali Penicillium sp. yang menunjukkan nilai zon perencatan 0.53 cm pada kepekatan 50 mg/mL. Bahagian kedua kajian melibatkan penilaian kiraan kulat menggunakan dos efektif ekstrak etanol sirih yang diperolehi daripada bahagian pertama iaitu 100 mg/mL. Hasil kajian mendapati tiada sebarang pertumbuhan kulat ke atas wayar mikroskop yang telah disembur dengan ekstrak etanol sirih berkepekatan 100 mg/mL pada hari pertama, keempat dan ketujuh. Bagiwayar yang disembur dengan etanol 70%, nilai purata kiraan kulat adalah sama pada hari pertama dan ketiga iaitu 5.6 x 102 cfu/mL dan meningkat pada hari ketujuh kepada 9.2 x 102 cfu/mL. Kesimpulannya, ekstrak daun sirih menunjukkan keupayaan perencat kulat, yang seterusnya menyokong fungsinya sebagai ejen antikulat yang selamat, senang diperoleh dan tiada tindak balas berbalik. | ||
546 | |a en | ||
690 | |a Plant anatomy | ||
690 | |a Botanical chemistry. Phytochemicals | ||
655 | 7 | |a Article |2 local | |
655 | 7 | |a PeerReviewed |2 local | |
787 | 0 | |n https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29974/ | |
787 | 0 | |n https://jurim.uitm.edu.my/ | |
856 | 4 | 1 | |u https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29974/ |z Link Metadata |