Pilihan raya kecil Permatang Pauh: pertembungan dua strategi yang berbeza / Ibrahim Abu Shah ... [et al.]

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh diadakan apabila Datuk Seri Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai isu telah dikemukakan dalam kempen Pilihan Raya kecil tersebut daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Shah, Ibrahim (Author), Haron, Shireen (Author), Badaruddin, Shaharuddin (Author), Suyurno, S. Salahuddin (Author), Nordin, Norshidah (Author), Mat Kib, Mat Zin (Author), Dahlan, Zulkifli (Author), Abd Muis, Mujibu (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh diadakan apabila Datuk Seri Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai isu telah dikemukakan dalam kempen Pilihan Raya kecil tersebut daripada isu yang berbentuk "character assassination" kepada isu-isu nasional. Pelbagai isu yang telah digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 masih lagi digunakan seperti kemelesetan ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan pembaharuan politik. Isu-isu baru yang tertonjol pula menyentuh isu peribadi Anwar Ibrahim dan percubaan Anwar Ibrahim untuk menuju ke Putrajaya. Pilihan Raya kecil tersebut juga memaparkan pelbagai strategi "psy-war" dalam kempen politik Pilihan Raya. Dengan menggunakan kaedah lama seperti perang poster, ceramah-ceramah, propaganda dengan penggunaan media arus utama, ceramah kelompok dan juga strategi baru seperti penggunaan internet, laman blog dan SMS. Sesungguhnya Pilihan Raya Kecil ini menggambarkan pertembungan dua strategi yang berbeza antara parti yang mengekalkan kerusi dengan sebuah jentera parti yang menguasai politik peringkat nasional. Kerta kerja ini akan cuba menyingkap strategi tersebut dalam usaha untuk memenangi hatipengundi Permatang Pauh. Kertas kerja ini adalah hasil penyelidikan dan pengamatan proses Pilihan Raya yang telah dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Teknologi MARA.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2998/2/2998.pdf