Dinding grafiti...Tarian robot...Pudu jail ke zaman Hip Hop /Azahari Khalip

Dinding grafiti ......Tarian Robot ......Pudu Jail ke Zaman Hip Hop merupakan sorotan waktu bermulanya budaya seni jalanann yang berputik dari budaya Pop atau Rap di dalam kesenian muzik dan fesyen sehinggalah ianya berkembang pesat sebagai satu wadah seni masyarakat urban yang bermula di Amerika, h...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalip, Azahari (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, 2019-07.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dinding grafiti ......Tarian Robot ......Pudu Jail ke Zaman Hip Hop merupakan sorotan waktu bermulanya budaya seni jalanann yang berputik dari budaya Pop atau Rap di dalam kesenian muzik dan fesyen sehinggalah ianya berkembang pesat sebagai satu wadah seni masyarakat urban yang bermula di Amerika, hinggalah ianya berkembang menjadi bentukan seni yang kukuh dan diterima oleh masyarakat secara global. Artikel ini meninjau aspek- aspek kesenian jalanan iaitu lukisan mural grafiti yang pada mulanya amat di sanggah oleh masyarakat kerana elemen-elemen vandalism terbentuk dengan tujuan sebagai ekspresi emosi yang tidak terkawal kewujudunnya pada tahap permulaan. Dalam artikel ini juga penulis cuba untuk melihat kembali perkembangan seni grafiti atau seni mural di tanahair ini seperti kewujudan mural pertama di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan slogan 'Cara Hidup Malaya' pada tahun 1961, begitu kuat pengaruh gayaan Kubisme dan pengaruh seni mural Mexico seperti yang dihasilkan oleh seniman bernama Diego Riverea dan Clemente Orosco. Tidak lupa juga dengan mural Penjara Pudu yang menyingkap tentang panorama pemandangan hutan tropikal di tengah bandaraya Kuala- Lumpur pada suatu ketika dahulu. Kesenian jalanan atau kesenian grafiti mula bertapak dengan kukuh sekali di Malaysia sebagai satu wadah kesenian yang berjiwa rakyat dan elemen elemen yang ditampilkan sesungguhnya memberikan hasil yang positif dan murni malahan di terima secara positif oleh masyarakat. Tidak dinafikan seni grafiti atau kesenian mural dapat memeriahkan dan menceriakan kehidupan rakyat Malaysia secara amnya, dan ia merupakan wadah kesenian yang cukup dekat dengan masyarakat dekad ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30097/1/30097.pdf