Keindahan ukiran kayu pada mimbar Masjid Terengganupada tahun 2009 hingga 2014 / Noor Hafiza Ismail, Azni Hanim Hamzah dan Mohd Fauzan Mat Sari

Mimbar merupakan satu daripada perkara wajib ada dalam pembinaan masjid. Fungsi utama mimbar sebagai tempat menyampaikan khutbah pada setiap hari Jumaat. Kebanyakan reka bentuk mimbar dibuat bukan sahaja kerana fungsinya tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai keindahan seni ukiran yang mempunyai ra...

Volledige beschrijving

Bewaard in:
Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Ismail, Noor Hafiza (Auteur), Hamzah, Azni Hanim (Auteur), Mat Sari, Mohd Fauzan (Auteur)
Formaat: Boek
Gepubliceerd in: Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, 2019-07.
Onderwerpen:
Online toegang:Link Metadata
Tags: Voeg label toe
Geen labels, Wees de eerste die dit record labelt!
Omschrijving
Samenvatting:Mimbar merupakan satu daripada perkara wajib ada dalam pembinaan masjid. Fungsi utama mimbar sebagai tempat menyampaikan khutbah pada setiap hari Jumaat. Kebanyakan reka bentuk mimbar dibuat bukan sahaja kerana fungsinya tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai keindahan seni ukiran yang mempunyai ragam hias pada reka bentuk mimbar tersebut. Persoalannya, bagaimanakah reka bentuk dan reka corak ukiran pada mimbar masjid di Terengganu dihasilkan pada tahun 2009 hingga 2014 dan apakah nilai-nilai keindahan di sebalik ukiran kayu tersebut.Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sempurna melibatkan kajian lapangan di Terengganu. Hasil dapatan kajian mendapati reka bentuk ukiran kayu yang dihasilkan menggunakan ukiran silat dan diolah separuh timbul dan tebukan tembus. Seterusnya hasil kajian ini juga mendapati di sebalik reka bentuk dan reka corak ukiran kayu ini tersurat dan tersirat nilai berhalus. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat mempertahankan kesenian Islam Melayu dari kepupusan teknologi yang semakin berkembang maju kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada kehebatan seni budaya bangsa.
Beschrijving item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30100/1/30100.pdf