Pengaruh hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu : rujukan khusus karya pilihan R. O. Winstedt / Mohd Farhan Abd Rahman ... [et al.]

R.O. Winstedt merupakan seorang orientalis yang berkhidmat di Tanah Melayu sebagai pentadbir British. Bentuk pemikiran beliau berteraskan falsafah positifisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Farhan, Abd Rahman (Author), Muhd Imran, Abd Razak (Author), Ahmad Firdaus, Mohd Noor (Author), Mukhamad Khafiz, Abdul Basir (Author), Nurul Khairiah, Khalid (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2020.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:R.O. Winstedt merupakan seorang orientalis yang berkhidmat di Tanah Melayu sebagai pentadbir British. Bentuk pemikiran beliau berteraskan falsafah positifisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan berdasarkan kaedah penelitian yang sistematik dan teliti. Falsafah ini menolak pembuktian sesuatu fakta menggunakan sumber wahyu kerana dianggap tidak releven dalam pembuktian sejarah. Artikel ini menumpukan kepada analisa terhadap pandangan Winstedt berkaitan pengaruh Hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Tanah Melayu menerusi empat buah karya pilihan beliau. Penulis menggunakan kaedah grafisejarah, perbandingan dan analisis kandungan bagi menganalisis pandangan tersebut. Hasil kajian mendapati pendekatan pemikiran Winstedt dalam menilai pengaruh Hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya kebudayaan, perundangan dan mitos memperlihatkan sudut pandangan yang meragukan dan berat sebelah. Beliau percaya masyarakat Melayu telah terpengaruh dengan budaya dan cara hidup Hinduisme dalam setiap corak kehidupan termasuklah tahap kepandaian dalam membina sebuah tamadun hingga menafikan sumbangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berpunca dari kelemahan golongan orientalis dalam memahami kandungan Islam disebabkan latar belakang pemikiran yang berpusatkan Eropah iaitu Eurocentrism. Pemikiran ini mengangkat bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun berbanding bangsa lain hingga digelar "ambassador of civilization" iaitu penyelamat kepada bangsa yang perlu ditamadunkan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30117/1/30117.pdf