Strategi menambat hati pengundi dalam pilihan raya / Mohammad Shatar Sabran

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 telah niemberikan satu kejutan besar terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional. Pada pilihan raya kali ini, kerajaan Barisan Nasional hanya memenangi sebanyak 140 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Jumlah ini nyata berbeza...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sabran, Mohammad Shatar (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 telah niemberikan satu kejutan besar terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional. Pada pilihan raya kali ini, kerajaan Barisan Nasional hanya memenangi sebanyak 140 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Jumlah ini nyata berbeza dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-11, apabila Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya memenangi lebih 2/3 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Keputusan pilihan raya kali inijuga telah memberikan satu tamparanyang hebat kepada Barisan Nasional apabila muka-muka lama dalam kerajaan tewas kepada calon-calon muda yang baru bertanding. Keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan Barisan Nasional kali ini dikatakan disebabkan oleh beberapafaktoryang wujud sebelum pilihan raya kali ini. Salah satu faktor yang dikatakan penyebab kepada kekalahan Barisan Nasional adalah disebabkan oleh kempen perang siber yang dilancarkan oleh para bloggers di internet dan kawalan kerajaan terhadap media massa perdana. Kekangan dan sekatan politik menyebabkan masyarakat mahupun parti oposisi sukar mempengaruhi minda masyarakat dengan pendapat altematif kerana kawalan dan pemilikan pihak kerajaan terhadap media massa arus perdana. Ini menyebabkan parti pemerintah dalam keadaan yang sama menguasai agen sosialisasi politik utama dan berada dalam keadaan hegemonik dalam membentukpemikiran sekali gus budaya politik massa mengikut acuan yang dikehendaki. Namun, kedudukan yang hegemonik bukanlah sesuatu yang kekal, sebaliknya bagi Gramsic (1971) aktiviti penghegemonian perlu dilakukan setiap massa di segenap ruang kehidupan massa yang ada. Di sini, para blogger melihat ruang siber yang wujud pada hari ini telah menjadi satu ruang bagi mereka untuk menyuarakan suara mereka yang selama ini dinafikan dalam media massa perdana. Blogging telah dilihat sebagai satufenomena baru yang mencetus era baru dalam kebebasan bersuara. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil kajian yang dijalankan bagi melihat kandungan-kandungan (posting) yang dimuatkan oleh para blogger di Malaysia sebagai satu tindakan kontra-hegemoni (counter hegemony) yang dilakukan oleh masyarakat sivil dalam ruang siber yang dilihat memberikan satu kebebasan bagi mereka untuk memecahkan hegemoni pemerintah dalam kontrol media masa perdana. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan menganalisis sebanyak 193 blog politik yang dipilih bagi menganalisis bentuk kandungan yang wujud dalam blog-blog politik di Malaysia. Blog-blog yang dipilih ini dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu blog yang menyokong kerajaan, blog yang tidak menyokong kerajaan dan blog yang bersifat neutral. Hasil kajian menunjukkan terdapat 114 blog politik yang tidak menyokong kerajaan, dan hanya terdapat 28 sahaja blog politik yang menyokong kerajaan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa isu Mama yang dibincangkan (diblogkan) oleh para pemblog dalam blog mereka ialah isu yang menyentuh mengenai kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia Kelima. Kajian juga menunjukkan daripada blog-blog yang dianalisis, pemblog dari kalangan orang Melayu mendominasi blog politik di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemblog politik gemar menggunakan noma samaran bagi melindungi identiti sebenar mereka. Pemblog lelaki merupakan pemblog yang paling ramai terlibat dalam aktiviti Hogging ini dan golongan muda merupakan golongan utama yang terlibat cergas dalam aktiviti ini. Sebagi rumusan, daripada hasil kajian jelas menunjukkan bahawa ruang siber ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat siber bagi berkongsi maklumat, sebagai satu bentuk counter hegemony dan menyuarakan suara mereka dengan lebih terbuka dan bebas.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3012/1/SP_SMH0857.pdf