Analisis penggunaan komik Kaifa Haluka sebagai mediummempelajari asas bahasa Arab / Mohammed Iqbal Badaruddın ...[et al.]

Perkembangan dunia dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih fleksibel dan mudah. Walaubagaimanapun, ianya boleh menjadi isu apabila kelebihannya tidak dimanfaatkan sebagai metod pembelajaran yang berkesan. Begitu juga pembelajaran secara tradisional b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Badaruddın, Mohammed Iqbal (Author), Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakım (Author), Mohd Zawawi, Mohd Zafian (Author), Zakaria, Muhamad Zaidi (Author), Mohd Yusof, Mohd Islah (Author)
Format: Book
Published: 2018-08-15.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan dunia dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih fleksibel dan mudah. Walaubagaimanapun, ianya boleh menjadi isu apabila kelebihannya tidak dimanfaatkan sebagai metod pembelajaran yang berkesan. Begitu juga pembelajaran secara tradisional boleh menyebabkan pelajar bosan dan tidak bermotivasi. Sehubungan dengan itu, satu inovasi komik digital pertama dengan penggunaan dwibahasa iaitu bahasa Arab (secara transliterasi) dan bahasa Melayu diketengahkan dengan tujuan menambahbaik proses pembelajaran, khususnya bahasa Arab. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauhmana penggunaan Komik Kaifa Haluka berupaya dijadikan medium mempelajari Bahasa Arab. Berdasarkan tinjauan, komik 'kaifa haluka' ini berupaya memberikan impak yang baik kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab terutamanya terminologi dan frasa asas dalam pertuturan. Penggunaan transliterasi sebagai panduan bacaan serta imbasan Qr-Code untuk mengakses video menjadikannya satu kelebihan dan novelti. Komik ini telah melalui fasa pembentangan di Staf Invention, Innovation & Design (SIID) UiTM Kelantan dan memperoleh pingat emas di samping anugerah ciptaan dan produk komersial terbaik. Ianya juga telah dibentangkan di International Invention, Innovation & Design (iiiD) di UiTM Seremban dan Invention, Innovation & Design Exposition (iiDEX) di Shah Alam dan memperoleh pingat gangsa. Sumbangannya dapat dilihat apabila mendapat respon penerimaan positif oleh pelajar UiTM Kelantan sebagai alat bantu belajar dan telah melalui fasa komersial untuk pengguna luar seperti guru bahasa Arab dan orang awam.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30264/1/30264.pdf