Konsep halal dan al-Istibra' Pangasius Sutchii menurut perspektif Islam dan sains akuakultur / Tengku Nor Hidayati Tengku Zainal Abidin, Hasan Ahmad and Ab.Rahim Mohd-Hairul

Kaedah biologi molekul merupakan suatu teknik yang digunakan untuk mengesan kehadiran unsur ramuan daripada sumber haiwan yang haram dalam makanan melalui tindakbalas polimerisasi berantai. Pencampuran khinzir seperti daging, lemak, kulit, tulang dan derivatifnya digunakan secara meluas di dalam pro...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Zainal Abidin, Tengku Nor Hidayati (Author), Ahmad, Hasan (Author), Mohd-Hairul, Ab.Rahim (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaedah biologi molekul merupakan suatu teknik yang digunakan untuk mengesan kehadiran unsur ramuan daripada sumber haiwan yang haram dalam makanan melalui tindakbalas polimerisasi berantai. Pencampuran khinzir seperti daging, lemak, kulit, tulang dan derivatifnya digunakan secara meluas di dalam produk makanan. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti kehadiran DNA khinzir daripada air tangki, perut, kulit dan isi ikan menggunakan masa nyata tindak balas polimerisasi berantai bagi ikan patin yang diberi makan khinzir. Kajian ini menggunakan Sodium Dodecyl Sulphate (SDS) untuk mengurangkan masa pencernaan dan meningkatkan kualiti DNA yang diekstrak. Kajian terhadap lima bahagian yang berbeza mendapati perut ikan patin dan kawalan adalah positif terhadap kehadiran khinzir manakala air tangki, kulit dan isi ikan adalah negatif. Khinzir tidak lagi dikesan daripada perut dalam tempoh 24 jam pengkuarantinan ikan di dalam air bersih.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30338/1/30338.pdf