Kepercayaan pelajar terhadap konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal / Mahfuzah Mohammed Zabidi ... [et al.]

Pengurusan halal adalah satu bidang kritikal yang perlu diberikan perhatian serius demi merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah hab halal dunia. Bidang ini bertujuan memastikan kesucian dan sifat "patuh syariah" bagi sesuatu produk atau perkhidmatan terus terpelihara. Graduan bidang p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Zabidi, Mahfuzah (Author), Sy. Abdullah, Sh. Fadylawaty (Author), Ruzulan, Zulaipa (Author), Mohd Burhan, Nurhapizah (Author), Sairi, Faridah (Author), Ab Hamid, Norakmal (Author), Ab Wahab, Mohd. Hafiz (Author), Zainal, Nur Hidayah (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan halal adalah satu bidang kritikal yang perlu diberikan perhatian serius demi merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah hab halal dunia. Bidang ini bertujuan memastikan kesucian dan sifat "patuh syariah" bagi sesuatu produk atau perkhidmatan terus terpelihara. Graduan bidang pengurusan halal diharapkan berperanan secara langsung dalam memenuhi keperluan badan pensijilan halal. Pelajar bidang ini perlu dipersiapkan dengan kefahaman mengenai konsep halal secara bersepadu dengan nilai ubudiyyah yang mendasari akidah, syariah dan tasawuf dalam Islam. Hal ini bagi memastikan mereka dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat, khususnya kepada penggiat industri bahawa halal bukan sekadar pada label atau logo semata-mata. Kajian ini bertujuan meneroka kepercayaan pelajar Diploma Pengurusan Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA mengenai konsep ubudiyyah dan kesepaduannya dalam pengurusan halal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi temubual kumpulan fokus berpandukan protokol separa berstruktur. Data temubual dianalisis secara separa transkrip. Temubual mendapati bahawa pelajar lebih banyak menghubungkan konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal dengan aspek syariat berbanding aspek akidah dan tasawuf. Oleh itu, kesepaduan ilmu antara kursus-kursus akademik yang ditawarkan oleh fakulti, sama ada dalam pengajian ilmu Islam mahupun pengajian ilmu moden yang berteraskan nilai ubudiyyah dalam bidang pengurusan halal dilihat perlu diperkemaskan bagi mendepani isu halal secara lebih holistik. Natijahnya, kesepaduan ilmu ini akhirnya berupaya menzahirkan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30341/1/30341.pdf