Nilai hormat di kalangan pelajar UiTM Perlis terhadap pensyarah (dari perspektif pensyarah) / Surina Nayan ...[et.al.]

Kajian dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai hormat para pelajar UiTM Perlis terhadap para pensyarah dari perspektif para pensyarah. Kajian ini melibatkan sejumlah 30 sampel kajian yang terdiri daripada pensyarahpensyarah UiTM Perlis yang mempunyai pengalaman serta tahun pengaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nayan, Surina (Author), Shafie, Latisha Asmaak (Author), Mansor, Mahani (Author), Osman, Mohd. Izwan (Author), Osman, Nazira (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2011-06.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai hormat para pelajar UiTM Perlis terhadap para pensyarah dari perspektif para pensyarah. Kajian ini melibatkan sejumlah 30 sampel kajian yang terdiri daripada pensyarahpensyarah UiTM Perlis yang mempunyai pengalaman serta tahun pengajaran yang berbeza mengikut fakulti serta jabatan masing-masing. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya para responden memberi persepsi bahawa secara keseluruhannya para pelajar UiTM Perlis mempunyai nilai-nilai hormat terhadap pensyarah. Walau bagaimanapun, beberapa aspek nilai hormat yang mendapat peratus penghayatan yang rendah dan perlu diberi perhatian oleh kedua-dua pihak iaitu para pensyarah serta para pelajar itu sendiri semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai hormat yang sedia ada bagi menjamin proses pengajaran serta pembelajaran yang berkualiti untuk melahirkan para graduan yang mempunyai nilai-nilai murni terutamanya nilai-nilai hormat.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32072/1/32072.pdf