Kajian penjanaan sisa pepejal dan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula di seluruh negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin

Sisa pepejal terdiri daripada sisa domestik, komersial dan perindustrian. Sisa pepejal yang telah dijana di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari. Hal ini memerlukan keluasan tanah yang besar untuk tujuan pelupusan. Program kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk meni...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Hauptverfasser: Md Nujid, Masyitah (Verfasst von), Juhari, Nurjuhanah (Verfasst von), Martin, Juliana (Verfasst von)
Format: Buch
Veröffentlicht: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2011-06.
Schlagworte:
Online-Zugang:Link Metadata
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Sisa pepejal terdiri daripada sisa domestik, komersial dan perindustrian. Sisa pepejal yang telah dijana di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari. Hal ini memerlukan keluasan tanah yang besar untuk tujuan pelupusan. Program kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula dan menjadi penyelesaian kepada permasalahan tapak pelupusan dan pemeliharaan alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menganggar komposisi sisa pepejal, menentukan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula, mengenalpasti fasiliti kitar semula yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar serta menyenaraikan faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula di Negeri Perlis. Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu persampelan sisa pepejal sebanyak 50kg yang dibuang dan diasingkan mengikut kategori dan melalui edaran 1000 borang soal selidik di tiga kawasan kajian iaitu Arau, Kangar dan Kuala Perlis. Hasil kajian mendapati daripada jumlah sampah bagi ketiga - tiga daerah yang dikutip, sisa organik merupakan bahan tertinggi yang dijanakan di negeri Perlis manakala bahan terendah adalah tin aluminium. Tahap kesedaran penduduk di negeri Perlis berkaitan amalan kitar semula berada di tahap sederhana. Ini kerana fasiliti sediaada seperti tong kitar semula dan pusat kitar semula tidak disediakan dengan banyaknya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara faktor utama halangan kepada aktiviti ini adalah pusat kitar semula terlalu jauh dari kawasan perumahan dan langkah yang boleh dicadangkan bagi meningkatkan aktiviti kitar semula di kalangan penduduk ialah dengan menyediakan lebih banyak kemudahan kitar semula di kawasan perumahan.
Beschreibung:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32194/1/32194.pdf