Pembentukkan pengukuran penggunaan Whatsapp dalam kalangan kakitangan organisasi / Che Su Mustaffa...[et al.]

Penggunaan media sosial dan aplikasi mesej segera seperti WhatsApp telah menjadi medium utama untuk berkomunikasi di dalam organisasi. Situasi ini berlaku disebabkan kakitangan merasakan bahawa mereka dapat berinteraksi dengan cepat di samping mendapat maklum balas dengan segera melalui medium berke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Che Su (Author), Omar, Nuredayu (Author), Che Soh, Che Hasniza (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah, 2019.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan media sosial dan aplikasi mesej segera seperti WhatsApp telah menjadi medium utama untuk berkomunikasi di dalam organisasi. Situasi ini berlaku disebabkan kakitangan merasakan bahawa mereka dapat berinteraksi dengan cepat di samping mendapat maklum balas dengan segera melalui medium berkenaan. Penggunaan aplikasi WhatsApp dilihat mampu untuk menjadi alternatif kepada medium komunikasi formal di dalam organisasi. Memandangkan terhadnya instrumen yang dibentuk untuk mengukur penggunaan media berkenaan maka dirasakan adalah wajar instrumen pengukuran WhatsApp dalam konteks organisasi turut dibentuk. Lantaran itu, kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk membincangkan tentang pembentukkan instrumen penggunaan WhatsApp dalam kalangan kakitangan organisasi. Kaedah yang digunakan bagi membentuk instrumen berkenaan iaitu gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan analisis faktor. Kajian ini telah menghasilkan 90 item untuk mengukur penggunaan WhatsApp dalam kalangan kakitangan organisasi yang terdiri dari lima pemboleh ubah iaitu Penggunaan WhatsApp, Kepercayaan Terhadap Maklumat, Kesan Jalinan Hubungan di WhatsApp, Etika Penggunaan WhatsApp dan Kompetensi Penggunaan WhatsApp. Hasil kajian ini menyumbang kepada pengeta¬huan berkaitan dengan komunikasi organisasi, pembentukkan instrumen dan media sosial.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33181/1/AJ_CHE%20SU%20MUSTAFFA%20VOA%20K%2019.pdf