Kebimbangan dan kemerosotan prestasi di kalangan atlet lelaki di peringkat universiti / Ani Mazlina Dewi Mohamed...[et al.]

Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam Teori Kebimbangan 'Multidimensional'. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Ani Mazlina Dewi (Author), Zairazi, Ruzli (Author)
Format: Book
Published: ACRULeT, Faculty of Education & UiTM Press, 2007-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam Teori Kebimbangan 'Multidimensional'. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempengaruhi prestasi atlet-atlet lelaki universiti. Adalah dijangka bahawa kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempunyai hubungan dengan prestasi. Seramai 125 atlet lelaki daripada salah sebuah universiti yang terlibat dalam kejohanan sukan antara Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun terlibat dalam kajian ini. Data-data daripada responden dikutip menggunakan alat ukur 'Competitive State Anxiety Inventory - 2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens, Vealey, Bump dan Smith's (1990). Responden dikehendaki melengkapkan borang soal selidik 30 minit sebelum pertandingan bermula. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi. Manakala kebimbangan somatik tidak mempengaruhi prestasi. Melalui Ujian ANOVA, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan universiti yang mengambil bahagian dalam sukan Majlis Sukan Universiti Swasta Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/332/2/AJ_ANI%20MAZLINA%20DEWI%20MOHAMED%20AJUE%2007.pdf