Al-Maududi dan pemikirannya tentang sistem politik Islam / Mohd Faizal P. Rameli and Suhaida Mohd Amin

Abu A'la Al-Maududi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terkenal pada abad ke-20. Pemikiran beliau banyak menyentuh tentang teori politik Islam, konsep politik Islam, prinsip umum Islam dalam masalah politik dan sebagainya. Beliau juga banyak menyentuh tentang asas dan hakikat negara Islam,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: P. Rameli, Mohd Faizal (Author), Mohd Amin, Suhaida (Author)
Format: Book
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abu A'la Al-Maududi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terkenal pada abad ke-20. Pemikiran beliau banyak menyentuh tentang teori politik Islam, konsep politik Islam, prinsip umum Islam dalam masalah politik dan sebagainya. Beliau juga banyak menyentuh tentang asas dan hakikat negara Islam, struktur negara Islam dan perlembagaan Islam. AI-Maududi memerangi kelompok yang mengkagumi peradaban Barat. Beliau memberi perhatian utama terhadap perbahasan mengenai nilai-nilai peradaban Barat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Beliau seterusnya menjelaskan tentang keunggulan Islam dari berbagai sudut agar dapat mengembalikan kepercayaan diri kaum Muslimin kepada agama mereka dan mempunyai rasa bangga pada identiti yang mereka miliki serta akhirnya dapat mengambil manfaat dari segi positif peradaban Barat dan membuang yang negatif. Dalam mengemukakan paradigmanya ini Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan kerana konsep "ummah lslamiyyah" harus ditegakkan hanya berasaskan aqidah Islam. Kertas ini pada keseluruhannya akan membincangkan secara ringkas mengenai latar belakang kehidupan dan beberapa pandangan beliau tentang sistem politik Islam.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33398/1/33398.pdf