Akta Orang Asli 1954 (Akta 134):Sejauh mana melindungi hak Orang Asli: satu kajian perbandingan / Noraida Harun and Noor 'Ashikin Hamid

Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) merupakan perundangan bertulis yang digubal khusus untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia berdasarkan The Aboriginal Enactment 1939 yang diwartakan di seluruh Negerinegeri Melayu Bersekutu. Akta 134 digubal semasa zaman darurat di Tanah Melayu pada tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Noraida (Author), Hamid, Noor 'Ashikin (Author)
Format: Book
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) merupakan perundangan bertulis yang digubal khusus untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia berdasarkan The Aboriginal Enactment 1939 yang diwartakan di seluruh Negerinegeri Melayu Bersekutu. Akta 134 digubal semasa zaman darurat di Tanah Melayu pada tahun 1954 untuk menghalang pengganas-pengganas komunis daripada mendapatkan sebarang bantuan daripada masyarakat Orang Asli dan mencegah mereka daripada mengembangkan ideologi komunis kepada masyarakat Orang Asli. Oleh sebab itu pengiktirafan secara formal terhadap Orang Asli hanya terdapat dalam Akta Orang Asli 1954 dan hanya diterima pakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Akta 134 hanyalah bersifat mengawal Orang Asli daripada memelihara kepentingan dan hak-hak mereka, tetapi tiada peruntukan dibuat untuk mengawal dan menentukan hal ehwal mereka sendiri. Pemeliharaan hak dan kepentingan Orang Asli juga dipinggirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Penulisan ini dibuat untuk mengkaji Akta 134 yang dilihat mempunyai banyak kelemahan di dalam melindung dan menjamin hak-hak Orang Asli di samping membuat perbandingan dengan Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hak dan kepentingan Orang Asli seperti hak adat orang asli terhadap tanah, pampasan,hak asasi manusia,pendidikan, pengambilan tanah, pengetahuan tradisi dan lain-lain serta cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33470/1/33470.pdf