Isu pendaftaran tanah wakaf dan Kanun Tanah Negara 1965 / Sayuti Ab Ghani et al.

Isu pembangunan tanah wakaf sering diperkatakan oleh masyarakat ketika ini. Salah satu daripada isu yang menyekat pembangunan tanah wakaf ialah isu pendaftaran. Apabila dirujuk kepada undang-undang tanah di negara ini, iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) menjelaskan tiada seseorang atau badan-ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab Ghani, Sayuti (Author), Mohamed, Hasan Al-Banna (Author), Mohamad, Mohd Hamran (Author), Abd Ghani, Basri (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2012-06.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pembangunan tanah wakaf sering diperkatakan oleh masyarakat ketika ini. Salah satu daripada isu yang menyekat pembangunan tanah wakaf ialah isu pendaftaran. Apabila dirujuk kepada undang-undang tanah di negara ini, iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) menjelaskan tiada seseorang atau badan-badan tertentu yang berhak di atas tanah yang belum didaftarkan (Sek. 340, KTN). Oleh itu, pendaftaran merupakan satu elemen yang sangat penting dalam mempastikan pembangunan tanah wakaf dalam negara berada di atas landasan yang sebenar. Hal ini bermakna tanpa pendaftaran, maka tanah wakaf yang ada bukannya hak milik Majlis Agama Islam menurut Kanun Tanah Negara dan dalam masa yang sama pembangunan tidak dapat dijalankan di atas tanah wakaf. Oleh sebab itu kajian ini tertumpu kepada elemen-elemen pendaftaran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia serta isu-isu yang berbangkit daripada tanah wakaf yang belum didaftarkan. Perkara yang dibincangkan ini menjadi panduan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan harta wakaf di negara ini dapat dibangunkan dengan sewajarnya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33804/1/33804.pdf