Pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Pengurusan Dalam Islam, Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) / Norzira Ahmad
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengetahui tentang sejauh mana kefahaman pelajar terhadap kepentingan dan pengamalan ibadah solat fardhu dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini memberi fokus kepada 3 skop iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama pelajar-pelajar melaksanaka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2019.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengetahui tentang sejauh mana kefahaman pelajar terhadap kepentingan dan pengamalan ibadah solat fardhu dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini memberi fokus kepada 3 skop iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama pelajar-pelajar melaksanakan ibadah solat. Responden kajian ini adalah semua pelajar muslim yang mengikuti kursus DUA 2022 Pengurusan Dalam Islam semester dua yang berjumlah seramai 100 orang. Pelajar-pelajar ini meliputi kelas Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Diploma akauntansi (DAT) dan Diploma Pengajian Perniagaan (DPM). Rasional kajian ini diadakan oleh pengkaji adalah kerana para pelajar tersebut perlu mempelajari bab solat bagi kursus tersebut serta memenuhi 20 % bagi markah Ujian Amali Solat. Daripada pengalaman dan pemerhatian pengkaji semasa mengajar bab tersebut dan menjalankan Amali Solat selama beberapa tahun mendapati ramai pelajar bermasalah dalam amalan solat fardhu mereka. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian serta menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus. Hasil analisis menunjukkan responden mengetahui dan memahami tentang kepentingan solat. Namun tahap pengamalan solat dalam kalangan pelajar tersebut masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi amalan solat dalam kalangan pelajar semester dua tersebut dan khususnya kepada semua pelajar PTSS. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34211/1/34211.pdf |