Keberkesanan kaedah SINGONIM dalam membantu pelajar mengingat 13 Rukun Solat / Norzira Ahmad

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat 13 Rukun Solat menggunakan kaedah "SINGONIM". Kaedah ini menggabungkan nyanyian dan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukkan akronim. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 38 orang pela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Norzira (Author)
Format: Book
Published: 2019.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat 13 Rukun Solat menggunakan kaedah "SINGONIM". Kaedah ini menggabungkan nyanyian dan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukkan akronim. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester dua Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Pelajar-pelajar ini didapati tidak dapat mengingati 13 rukun solat dan membezakan antara rukun qalbi, qauli dan fi'li. Bagi membantu kajian ini, beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu ujian, pemerhatian tidak berstruktur serta soal selidik. Hasil analisis data mendapati hampir kesemua responden menunjukkan peningkatan positif dalam mengingat 13 rukun solat ini. Peratusan responden menguasai rukun-rukun tersebut telah meningkat daripada 0% semasa ujian pra kepada 82% selepas ujian pos. Manakala berdasarkan pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah SINGONIM untuk menguasai 13 rukun solat berupaya meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian tindakan menunjukkan penggunaan kaedah SINGONIM dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34217/1/34217.pdf