Aplikasi maqasid syariah di dalam penentuan hukum pemberian zakat kepada golongan bukan islam / Razizi Tarmuji

Maqasid Syariah ataupun Objektif Syariah merupakan komponen penting Syariah Islam bagi memastikan setiap hukum syarak yang dikeluarkan oleh ulama menepati kehendak Syariah itu sendiri iaitu untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan bagi manusia. Pengabaian elemen Maqasid Syariah dalam penent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tarmuji, Razizi (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah, 2017-01.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Maqasid Syariah ataupun Objektif Syariah merupakan komponen penting Syariah Islam bagi memastikan setiap hukum syarak yang dikeluarkan oleh ulama menepati kehendak Syariah itu sendiri iaitu untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan bagi manusia. Pengabaian elemen Maqasid Syariah dalam penentuan hukum boleh menyebabkan sesuatu hukum itu jauh dari semangat Syariah. Zakat merupakan ibadat harta yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya. Harta zakat yang dikumpul itu hendaklah diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya iaitu golongan asnaf yang lapan sebagaimana digariskan dalam Surah al-Taubah ayat 60 iaitu fakir, miskin,`amil, muallaf, riqab, gharimin, fi sabilillah dan ibn sabil. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai pemberian zakat kepada golongan bukan Islam samada sebagai asnaf fakir, miskin ataupun mualaf. Terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama mazhab mengenai hukum pemberian zakat kepada mereka. Justeru Maqasid Syariah wajar diaplikasikan dan diterapkan dalam proses mengeluarkan hukum yang paling sesuai dalam isu ini berdasarkan dalil dan faktor suasana semasa. Kaedah perbandingan dilakukan terhadap pandangan ulama khususnya dari empat mazhab fiqah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Secara umumnya, memberi zakat kepada bukan Islam hukumnya adalah harus dengan mengambil kira beberapa syarat-syarat yang tertentu bagi memastikan hukum keharusan ini benar-benar menepati Maqasid Syariah.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34428/1/34428.pdf