Masalah sosial wanita terlibat aktiviti tidak bermoral: punca masalah sosial dan kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera / Abdul Munir Ismail

Kajian ini membincangkan penglibatan segelintir wanita dalam aktiviti tidak bermoral seperti pengemis, gelandangan, penagih dadah, pekerja seks, wanita hamil luar nikah di Bandaraya Kuala Lumpur. Situasi ini menjejaskan imej ibukota di mata pelancong, mencorotkan isu-isu kebersihan bandar dan masyar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Abdul Munir (Author)
Format: Book
Published: 2018-05.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan penglibatan segelintir wanita dalam aktiviti tidak bermoral seperti pengemis, gelandangan, penagih dadah, pekerja seks, wanita hamil luar nikah di Bandaraya Kuala Lumpur. Situasi ini menjejaskan imej ibukota di mata pelancong, mencorotkan isu-isu kebersihan bandar dan masyarakat awam terdedah kepada penyakit berjangkit. Peningkatan jenayah, isu keamanan, kebersihan bandar dan kesihatan sosial semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor. Objektif kajian ialah mengenalpasti punca wanita kini terlibat aktiviti tidak bermoral yang menyalahi undang-undang dan kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera. Metode kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan mencakupi temubual dan pemerhatian berkala. Lokasi kajian tertumpu di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenalpasti sebagai "hotspot" seperti Mydin Kotaraya, Central Market, Menara Maybank, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Tiong Nam (Chow Kit). Sebanyak tiga orang responden dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati wanita yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral adalah berpunca daripada latar belakang keluarga, tahap pendidikan yang rendah dan penglibatan dalam pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Masalah lain turun menyumbang ialah masalah sumber kewangan yang tidak mencukupi, masalah tiada tempat tinggal, konflik keluarga dan kefahaman agama Islam sangat rendah. Kaedah membina panduan hidup wanita sejahtera ialah mendekati golongan dengan hikmah, menyediakan tempat tinggal sementara, membawa mereka mendalami kelas pengajian agama dan membantu sumber kewangan secara latihan kemahiran yang sesuai dengan keupayaan mereka.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34894/1/34894.pdf