Perpaduan kaum di Malaysia : suatu penilaian / Baterah Alias...[et al.]

Kertas kerja ini membincangkan tahap hubungan etnik ke arah pencapaian matlamat perpaduan kaum di Malaysia. Latar belakang masalah kajian ialah dari sudut sejarahnya Malaysia pernah menghadapi konflik antara kaum sehingga menyebabkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, perpaduan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Baterah (Author), Ismail, Huzaimah (Author), Sa'ari, Che Zarinna (Author)
Format: Book
Published: 2014-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan tahap hubungan etnik ke arah pencapaian matlamat perpaduan kaum di Malaysia. Latar belakang masalah kajian ialah dari sudut sejarahnya Malaysia pernah menghadapi konflik antara kaum sehingga menyebabkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, perpaduan kaum amat penting untuk dipelihara dan dijaga supaya peristiwa yang menjadi titik hitam negara tidak berulang lagi. Perpaduan kaum di Malaysia didapati agak rapuh dengan pelbagai isu yang dicetuskan melibatkan etnik yang pelbagai. Objektif kajian ialah untuk menganalisis tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa. Metodologi kajian menggunakan kajian perpustakaan bagi mendapatkan data kualitatif dan kajian lapangan untuk mendapatkan data kuantitatif bagi mengukuhkan dapatan kajian. Hipotesis kajian mendapati hubungan etnik di Malaysia berada dalam keadaan yang mungkin bila-bila masa sahaja boleh bergolak walaupun mungkin isu yang dicetuskan merupakan isu kecil yang melibatkan persoalan agama dan budaya tetapi boleh mengundang implikasi yang bahaya berdasarkan indeks perpaduan kaum di Malaysia. Dapatan kajian mendapati hubungan antara etnik renggang disebabkan perbezaan agama, budaya serta jurang ekonomi yang ketara antara kaum. Kertas kerja ini mencadangkan supaya hubungan etnik menurut Islam diaplikasikan dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia kerana Islam menekankan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa dan agama sebagai indeks perpaduan dalam melestarikan kesejagatan hidup manusia. Kesimpulannya, hubungan antara kaum perlu dipelihara dan diambil perhatian serius oleh semua pihak tanpa mengira etnik bagi mengekalkan perpaduan serta mengelak dari membincangkan isu-isu yang boleh membangkitkan sensiviti agama dan budaya etnik di Malaysia
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35444/1/35444.pdf