Pembangunan spiritual dalam program pembangunan insan asnaf fakir dan miskin di Lembaga Zakat Selangor: satu tinjauan awal / Emie Sylviana Mohd Zahid and Hasan Bahrom

Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang disediakan oleh pihak LZS...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zahid, Emie Sylviana (Author), Bahrom, Hasan (Author)
Format: Book
Published: 2014-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang disediakan oleh pihak LZS dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin tersebut. Namun apakah pendekatan pembangunan spiritual yang digunakan oleh LZS dalam program pembangunan insan bagi membangunkan spiritual asnaf? Justeru itu, satu kajian dilakukan dengan menganalisis pendekatan pembangunan spiritual yang telah diterapkan dalam agihan dana zakat asnaf fakir dan miskin di LZS. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan melakukan temubual berstruktur. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa LZS amat menekankan soal ketakwaan kepada Allah S.W.T dan tazkiyah al-nafs melalui aktiviti Tahsinul Ibadah, Tahsinul Quran dan Program Syukur Asnaf dalam modul J.I.W.A dan modul Hijrah dibawah program pembangunan insan
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35450/1/35450.pdf