Kepentingan kesihatan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia / Nur Yazira Hamsan

Kesihatan merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi sesebuah negara.Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji sejauh mana kepentingan kesihatan dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Pembolehubah yang digunakan untuk mengukur kesihatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamsan, Nur Yazira (Author)
Format: Book
Published: 2014-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesihatan merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi sesebuah negara.Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji sejauh mana kepentingan kesihatan dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Pembolehubah yang digunakan untuk mengukur kesihatan adalah jangka hayat, kadar kematian kanak-kanak berumur bawah 5 tahun dan kadar kematian bayi. Model pertumbuhan Solow (1957) digunakan sebagai model asas dalam kajian ini iaitu bagi mengkaji pertumbuhan pendapatan negara, modal dan guna tenaga perlu diambil kira. Hasil kajian dianggarkan bahawa pendapatan negara (KDNK) mempunyai hubungan yang negatif terhadap kadar kematian kanak-kanak berumur bawah 5 tahun dan kadar kematian bayi. Manakala pembolehubah yanglain iaitu modal, guna tenaga dan jangka hayat mempunyai hubungan yang positif terhadap pendapatan negara (KDNK). Data sekunder dari tahun 1995 hingga 2011 yang diperolehi dari pelbagai sumber akan dianalisis menggunakan perisian Eviews 8 dan parameter model dianggarkan menggunakan kaedah Ordinary Least Squares (OLS). Hasil daripada kajian ini dapat membuktikan beberapa teori dalam ekonomi buruh dan dapat memberikan gambaran situasi sebenar impak kesihatan terhadap ekonomi di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35556/1/35556.pdf