Seni tenunan songket: identiti, lambang dan tradisi budaya Melayu / Arba'iyah Ab. Aziz

Songket telah memainkan peranan dan mempunyai tempat yang istimewa dalam sosiobudaya masyarakat Melayu. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikannya, songket diiktiraf dan diklasifikasikan sebagai ratu fabrik Melayu unggul. Ia terpapar sebagai pakaian busana yang melambangkan tatasusila dan adat Mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Aziz, Arba'iyah (Author)
Format: Book
Published: 2015-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Songket telah memainkan peranan dan mempunyai tempat yang istimewa dalam sosiobudaya masyarakat Melayu. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikannya, songket diiktiraf dan diklasifikasikan sebagai ratu fabrik Melayu unggul. Ia terpapar sebagai pakaian busana yang melambangkan tatasusila dan adat Melayu yang tinggi nilai peradaban dan kesopanannya. Namun di sebalik nilaian artistik dengan reka corak motif, songket sarat dengan pelbagai lambang dan tafsiran makna tertentu. Ertinya, setiap pasang songket dengan motifnya mempunyai cerita dan interprestasinya yang tersendiri. Ia terbit daripada manifestasi pemikiran para pereka terdahulu yang diperturunkan secara warisan. Kertas kerja ini menyentuh secara khusus mengenai seni kraftangan dan budaya Melayu iaitu merangkumi aspek simbol dan falsafah yang terdapat di sebalik motif-motif seni tenunan songket. Ruang ini turut mengupas tentang makna falsafah songket iaitu dari sudut sosiobudaya merangkumi aspek agama, kepercayaan, adat, norma, nilai, pantang larang dan world-view orang Melayu. Jelasnya ia adalah suatu huraian tentang makna-makna tersirat yang terdapat di sebalik kategori motif-motif seni tenunan songket Melayu seperti flora, fauna, kosmos, alam benda, geometri, makanan dan kaligrafi.. Setiap perolehan jumpaan daripada sumber primer (temubual) dan sekunder menemukan sumber keilmuan bermakna yang sekali gus memberi manfaat dari segi pembangunan modal insan dan pelestarian seni warisan bangsa khususnya kepada golongan sarjana, pendidik, penenun, budayawan, seniman, aktivis budaya, sejarahwan seni, peniaga, pencipta seni dan masyarakat seluruhnya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35695/1/35695.pdf